Monday, June 15, 2015

Naruto : Mini Series Episode

Antara siri manga yang paling lama bertahan dan popular iaitu Naruto telah tamat pada november tahun lepas dengan episod ke 700. Nampaknya ia tidak berakhir di situ, pengarangnya Kishimoto mengubat kerinduan peminat dan menghasilkan siri mini sambungan kepada pengakhiran siri Naruto. Ia berkisarkan Naruto selaku Hokage dan pengenalan generasi baru Kampung Konoha, iaitu anak-anak mereka terutama anak Sasuke (Uchiha Sarada) dan juga musuh baru mereka yang tidak dikenali.


Jangka hayat siri ini mungkin tidak lama tetapi membawa penceritaan pemgembaraan Naruto selaku Hokage ke tujuh. Siri ini diberikana nama "Naruto Gaiden :  The Seventh Hokage". Setakat ini telah dikeluarkan sebanyak 7 episod dengan 2 versi iaitu hitam putih dan berwarna.

Jika dalam pengakhiran Naruto Shippuden hanya menceritakan Naruto menjadi Hokage setelah Kakashi sebelumnya dan sudah mempunyai anak. Tidak diceritakan Naruto berkahwin dengan siapa, untuk mengetahui jawapan itu hanya boleh diperolehi dalam filem yang  "The Last - Naruto the Movie".  Filem ini mengisi kekosongan jalan cerita dari penamat aksi epik pertarungan Naruto dengan Sasuke. Boleh dikatakan filem ini sebagai episod 699.5.

Kepada peminat Naruto, jangan tinggalkan peluang untuk membaca episod terbaru Naruto bersama Sasuke dan rakan seperjuangannya.

Selamat membaca!.


Sumber :
naruto.wikia
animenewsnetwork

3 comments:

Mohamad Qayyum said...

As'salam,

Mcmana nak setting dekat header like cik buat?

Home, About us dll.

Maaf sy bdk baru belaja :)

Mohamad Qayyum said...

As'salam,

Mcmana nak setting dekat header like cik buat?

Home, About us dll.

Maaf sy bdk baru belaja :)

Rabia Sensei said...

Wsalam Qaiyum,

Saya pun ingat2 lupa. hehe. Awak cuba dulu ni yer.

Pergi dashboard.
Pergi Pages. Dalam pages tu create new page. Macam saya buat special dates, about us and disclaimer.
Kemudian pergi layout.
Then pilih add a gadget. Cari Pages. Kemudian create and pilih kat bahagian mana nak letak.

Cuba dulu. Kalau tak jadi try surf di Internet. Good luck!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...