Sunday, November 8, 2015

Busy

Picture Credit : A Charming Woman is A Busy Woman - Loretta Young

Tarik nafas...Hembus! Fuhhh.
Rasanya tahun ini paling sibuk berbanding tahun - tahun lepas. 

Dengan banyak cuti bencana banjir dari awal tahun hinggalah ke cuti bencana jerebu, banyak kerja tergendala.
Dengan LINUS Tahun 4, KSSR dan format UPSR yang baru, banyak kursus yang perlu dihadiri.
Dengan fail PBPPP, HRMIS dan segala macam sistem yang perlu dikemaskini, buat kerja macam tak cukup kaki dan tangan. 

Lagi 2 minggu lagi sebelum cuti. 
Ada banyak lagi kerja yang tak disiapkan lagi.

  • Laporan DSKP Year 6 - Hantar pada PPD
  • Rekod Penyemakan Buku Latihan Murid - Bulan 10 & 11
  • Fail PBPPP - Hantar pada 12 November
  • Semak buku murid - murid : Spelling, Activity Book, Cursive writing, Literature (Year 4 & 5)
  • Bagi hadiah spelling 
  • Program Nestle / The Star - 12 November
  • Buat dan sediakan prop untuk lakonan bagi majlis kecemerlangan akhir tahun
  • Laporan Pelan Strategik 2015
  • Penyelarasan Tahun 5
  • Kumpulkan semua bahan-bahan dari penyelaras
  • Everything else that I will probably forgot to do

Peringatan untuk diri sendiri.
Cepat - cepat buat kerja.
Jangan tangguh lagi!

No comments: