Tuesday, November 24, 2015

Tip dan Idea Mengajar Anak - Anak Untuk Menjahit

Picture Credit : Ajar anak kita cara menggunakan mesin jahit dengan betul dan selamat

Picture Credit : Kelas menjahit untuk remaja 

Untuk cuti sekolah ini, apa kata kita cuba ajar anak - anak kita menjahit. Beri mereka sesuatu yang senang dan mudah untuk dihasilkan dahulu. Untuk yang 'beginner' macam saya pun boleh juga mencuba =D 


Tetapi sebelum kita memperkenalkan anak - anak kita dengan aktiviti menjahit, perlulah diingatkan supaya memperkenalkan mereka dulu dengan peralatan jahitan dan juga keselamatan ketika menggunakan peralatan jahitan. Biar berjaga - jaga sebelum perkara yang tidak di ingini berlaku.




Dalam video ini, si ibu berkongsi beberapa tip dan idea cara - cara mengajar kanak - kanak di usia yang muda seperti mana dia mengajar anaknya yang masih berumur 3 tahun cara - cara menggunakan mesin jahit. 

Beberapa tip yang boleh di kongsi yang saya diperolehi dari video itu ialah

  • Proses menjahit tidak berdasarkan umur. 
  • Kita mesti tahu anak kita, sama ada dia boleh atau tidak untuk menjahit. Anda boleh perkenalkan mereka dengan peralatan menjahit apabila anda rasa mereka sudah bersedia untuk menggunakan mesin jahit.
  • Sentiasa utamakan keselamatan ketika menggunakan peralatan menjahit. Ajar dan ingatkan mereka tentang risiko ketika menggunakan peralatan tersebut. Ingatkan mereka supaya sentiasa berhati - hati ketika menggunakan peralatan jahitan yang tajam. Tetapi sebagai ibu dan bapa, keputusan terletak di tangan anda sama ada hendak membenarkan mereka menggunakan peralatan jahitan sebenar atau menggunakan peralatan jahitan untuk kanak - kanak.

            3 Tip Mudah
  1. Pastikan sesi penerangan yang singkat.
    Kanak-kanak kecil tidak dapat menumpukan perhatian dalam masa yang panjang. Mereka cepat bosan. Jadi pastikan sesi penerangan lebih kurang 5 atau 10 minit.
  2. Menerangkan / Bercakap mengenai peralatan jahitan.
    Setiap kali menjahit, kita boleh menunjukkan beberapa peralatan jahitan seperti jarum, pin, gunting, benang. Dengan cara ini mereka boleh belajar semua peralatan jahitan dengan baik.
  3. Hanya membantu apabila diminta.
    Pastikan pada permulaan, anda mengajar bagaimana semuanya berfungsi kemudian biarkan mereka melakukannya dengan sendiri. Sekiranya mereka buntu dan memerlukan pertolongan, pada masa itulah anda membantu mereka. Bantu hanya apabila diminta ya!
Boleh tengok lagi tip dan idea di Youtube Channel TheCraftyGemini



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...