Tuesday, December 29, 2015

Tesla Powerwall - Powerbank for your house

Bayangkan anda ada powerbank yang boleh menjana tenaga elektrik untuk seluruh isi rumah, bukankah itu satu perkara yang menarik? Seperti mana anda menggunakan powerbank untuk menyelamatkan telefon pintar anda dari mati kerana kehabisan bateri.

Tesla, syarikat yang sinonim dengan mngeluarkan produk mesra alam seperti kereta elektrik telah menghasilkan satu revolusi baru dengan pengeluaran powerbank untuk kegunaan rumah. Dinamakan Powerwall, merupakan bateri untuk rumah anda. Ia dapat menyimpan tenaga solar di waktu siang untuk digunakan di malam hari atau berfungsi sebagai tenaga kecemasan bila mana bekalan elektrik terputus.

Powerwall
 
Secara ringkasnya, Powerwall merangkumi panel solar di luar rumah, inverter (yang menukarkan tenaga solar kepda elektrik), meter (untuk mengukur cas bateri) dan kotak Powerwall ( menyimpan tenaga yang dikumpul. Ia akan dihubungkan inverter tadi dengan panel elektrik kita di rumah.

Setiap Powerwall mampun menyimpan sehingga 7kwh bekalan tenaga yang cukup untuk seisi umah. Jikalau masih tidak mencukupi Powerwall boleh digabungkan untuk mendapatkan bekalan yang mencukupi untuk kegunnaan anda.Spesifikasi Powerwall seperti berikut :

 

Macamana pula dengan harganya? Diberitakan ia akan dipasarkan dengan harga US3000 untuk 7kwh dan US3500 untuk 10kwh. Kalau dalam duit kita lebih kurang dalam RM13000 - RM15000 (ikut kadar pertukaran wang asing sekarang) dan tidak termasuk kos untuk inverter dan juga solar panel ;).Warranti selama 10 tahun.

Ape yang menarik, Tesla membuka paten untuk Powerwall supaya pembangun lain dapat menyemarakkan pengeluaran dan seterusnya kepada pengguna.Kita tengok sejauh mana Powerwall mendapat tempat di hati pengguna dan jikalau ia boleh dieksport atau dikeluarkan oleh pengeluar di negara lain. Mana tahu satu hari nanti Powerwall boleh didapati di sini.


Sumber : teslamotors,  engadget,  wired  


Friday, December 18, 2015

Idioms Tabs Booklet - Doodles Book Cover


Picture Credit : 4 Different Doodles Book Covers



Okay, bahan yang sama tapi book cover yang berbeza. Ada 4 pilihan doodles untuk book cover booklet ni.
Version jimat ink ;p


Steps nak buat tabs booklet boleh baca di sini

Selamat mencuba.

Idioms Tabs Booklet

Picture Credit : Grammar Tab-Its

Someone shared this picture on the Facebook yesterday, so I went on searching for it. Tada! Finally found it at simplyskilledinsecond. This booklet with tabs on sides is called Grammar Tab-Its.


I was so inspired by her, so I made one! 


Langkah - langkah untuk menghasilkan Tabs Booklet

  1. Download word file di http://www.slideshare.net/rabiasensei/idioms-tab-booklet
  2. Print out
  3. Untuk cover page, potong di tepi kertas sedikit supaya semua tab terpapar dengan jelas 
  4. Untuk setiap page, potong si tepi kecuali tabs, jadikan dotted lines sebagai panduan.
  5. Staple atau tapekan kertas ini.
  6. Jadilah sebuah booklet
p/s : Saya belum cuba buat lagi. Kalau dah cuba, saya tunjuk hasilnya ;p




Feel free to print it out. Download at http://www.slideshare.net/rabiasensei/idioms-tab-booklet


Wednesday, December 16, 2015

Bilangan Minggu Persekolahan 2016

 bilangan minggu persekolahan 2016
Bilangan Minggu Persekolahan 2016

Download RPT KSSR Tahun 6 Semua Mata Pelajaran

Picture Credit : Koleksi RPT Tahun 6 KSSR 2016

Muat Turun Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) KSSR Tahun 6 untuk Semua Mata Pelajaran. 
Download Yearly Lesson Plan for year 6 (KSSR) for all subjects. 

Credit to memoirinsani for compiling and sharing all these.

Koleksi RPT Tahun 6 KSSR 2016

Tuesday, December 15, 2015

Atmosphere 360 Restaurant / Restoran Berputar @ Menara KL

Atmosphere 360 Restaurant 

Sabtu lepas kami anak beranak celebrate ulangtahun perkahwinan kami yang keempat kat Restoran berputar di puncak Menara Kuala Lumpur. First time kami dapat ke restoran yang berada pada ketinggian 282 meter ini. Kalau nak tahu lebih lanjut lagi mengenai restoran berputar ni bolehlah singgah di official website mereka : http://www.atmosphere360.com.my/.

Papa dan Adam di kaunter

Kami beli buffet lunch ini dengan harga yang berpatutan di Groupon. Selain dapat makan, dapat juga tiket ke Blue Coral Aquarium. Jadi boleh bawa Adam sekali. Kalau nak duduk tepi tingkap kena bayar extra sikit, tapi kalau tak duduk kat tepi tingkap pun okay juga. Boleh nampak pemandangan KL juga.

Bergambar sebelah pokok Krismas sementara menunggu naik lif.

Masa tungu lif ni ada orang jaga. Tolong tekankan lif semua. Takderlah nak berebut ker. Semuanya teratur. Lupa nak bagitahu, nak makan kat sini, kena pakai baju berkolar dan tak boleh pakai sandal untuk lelaki. Tapi masa kami di restoran tu ada jer yang pakai sempoi.

Pemandangan Kuala Lumpur dari Restoran Berputar, Menara Kuala Lumpur

Ini view yang korang boleh nampak jika berdiri betul - betul dekat dengan tingkap tu. Gayat juga lah sebab boleh nampak semua kat bawah kita.


Makanan pun boleh tahan juga. Ada masakan Melayu, Cina, India, Western. Kiranya semua ada. Boleh lihat menunya di sini. Masa kami sampai di sini, agak ramai jugalah. Jadi bila nak ambik makanan tu kena beratur pula. Tapi second round, third round and fourth round dah tak ramai orang kat tempat makanan tu ;p 

Masa tengah beratur tunggu makanan atau makan - makan di meja, bolehlah nampak dan enjoy pemandangan Kuala Lumpur. Disebabkan restoran ini berputar jadi bolehlah nampak semua pemandangan. Putarannya pun perlahan, takderlah kut korang risau pening ker ;p

Adam tengah ikut nyanyi lagu Birthday. Nyanyi ikut bahasa yang hanya dia faham ;p

Selain tu, kalau pergi time birthday atau wedding anniversary, dapat free cake. Dengan syarat kena tunjuk IC atau sijil nikah/kad nikah pada diaorang. Tak sure masa bila nak tunjuk. Boleh jer tanya dengan staff di kaunter atau pun kat restoran ni. Kebetulan masa ni, ada beberapa orang datang celebrate Birthday di sini, jadi kejap-kejap jer dengar lagu Birthday. 

Time untuk buffet lunch ini dari pukul 1.30 pm hingga pukul 3.00 pm. So, sempatlah nak makan semua, itu pun kalau boleh sumbat lagi. ;p

Habis makan, kami pergi ke Observation Deck. Husband tak pernah pergi lagi. Jadi pergi situ tengoklah pemandangan Kuala Lumpur. Ada banyak cenderamata di jual di situ. Macam - macam ada. Kemudian kami ke Blue Coral Aquarium dan Mini Zoo yang berada di luar bangunan Menara Kuala Lumpur. 

Happy 4th Anniversary Sayang

Picture Credit : Happy 4th Anniversary Sayang

Happy 4th Anniversary Sayang. 

9.12.2015 jatuh hari Rabu. Wish dah lama cuma tak sempat nak upload dan update gambar kat blog =D

Sabtu lepas kami anak beranak celebrate kat Atmosphere 360 Revolving Restaurant @ Restoran berputar di puncak Menara Kuala Lumpur. First time kami dapat ke restoran yang berada pada ketinggian 282 meter ini. Kalau nak tahu lebih lanjut lagi mengenai restoran berputar ni bolehlah singgah di official website mereka : http://www.atmosphere360.com.my/

Next entry nanti saya share gambar yer.

p/s : Selamat ulangtahun yang keempat sayang. Semoga perkahwinan kita kekal bahagia dan berkekalan hingga ke JannahNya. Aameen.

Adam dan Mama sayang papa. Balik awal hari ni yerk :p

Achievement Jar

Picture CreditAchievement Jar

Saw this at https://www.facebook.com/TheDanetteMay/

Start on January 1st with an empty jar. Throughout the year write the good things that happened to you on little pieces of paper. On December 31st, open the jar and read all the amazing things that happened to you that year. Who else loves this idea?!

p/s : Jom buat satu.

Monday, December 14, 2015

Hasil Tangkapan BBW 2015 #Wolfpack


Hari ini last day Big Bad Wolf. So kalau nak beli buku atau nak window shopping pun boleh. Kalau yang nak tahu pengalaman 'Big Bad Wolf' kami, bolehlah baca di sini.



Ini buku - buku yang dibeli oleh kami. This year tak beli banyak. Buku yang sebelum ni pun tak habis baca lagi :p

Untuk yang nak pergi, ini maklumatnya :

Big Bad Wolf 2015
Date : 4 Disember - 14 Disember 2015
Time : 7am 4 Dis -11.59pm 14 Dis
Venue : MIECC The Mines

Website :
https://www.facebook.com/bbwbooks
http://www.bigbadwolfbooks.com/

Blind Date With A Book

Picture Credit : Blind Date With A Book

Blind Date With A Book is basically a mystery book, wrapped in brown paper, carefully selected for you based on your Facebook timeline sharing / Facebook profile. Interesting, right? If you are interested, Bistro Pustaka is providing free books to all fans of books out there with one condition; you have to pick up the book itself at Bistro Pustaka or at Raaid Boutiques Cafe, Bangi Sentral. You can also check out their next event at https://www.facebook.com/blinddatewiththebook/

Picture Credit : Bistro Pustaka, Nilai. Picture shared by Nik Nur Fatehah

A few days ago, my husband and I went to Bistro Pustaka to pick up my 'blind date' at Bistro Pustaka, Nilai. It was around 7 pm. Luckily, the shop owner was still there (I have been told later that the shop usually close around that time). Since I did not make any appointment earlier, my 'blind date' was not ready for me. But the owner was very kind to me and he told me to take a book that I like the most from the shelves. Yay! Lucky me!


There were a lot of books in the shop. There were English novels, Malay novels, reference books, comic books and I think I saw some of children books there. Some were on the shelves and some were still in boxes. Seriously, it was hard for me to choose since I was only allowed to pick one book. So, from hundred of books on the shelves, I chose 'Morning, Noon and Night' by Sidney Sheldon, simply because I don't have any Sidney Sheldon novels at home ;D

While I was looking and deciding on what book that I want to choose, I have asked a few questions to the owner. One of the reason that he organized this programme is that he wanted to share the books that he had with everyone. Apart from organizing the programme, he also sell and rent out second hand books at reasonable prices. His shop is at No 21, Jalan Cempaka 24, Taman Cempaka 2, Nilai, Negeri Sembilan. Check it out!

p/s : Terima kasih banyak - banyak. Lain kali saya datang lagi yer ;p

Friday, December 4, 2015

Receipt Story 2015


This is a print screen of my email. It was about my winning entry in 2012 : My receipt story (Receipt Oh Receipt). This year, BookXcess will be organizing the same contest which is the 'Receipt Story'. 

What is Receipt Story? Taken from the original website, please read the explanation below.

APA ITU CERITA RESIT?

Setiap pembaca berpotensi menjadi penulis. Dalam setiap penulis, ada cerita terpendam. Anda dah bersedia untuk menulis cerita anda?

BookXcess terkenal sebagai kedai buku termurah di Malaysia. Pegangan mereka: untuk menggalakkan tabiat membaca dalam kalangan rakyat Malaysia dengan menjual buku pada harga yang paling rendah supaya mampu dimiliki semua.

Fixi adalah penerbit tempatan dengan fokus kepada novel urban kontemporari. Kini mereka berganding bahu untuk menghidupkan kembali Cerita Resit: cerpen dan puisi yang dicetak pada resit BookXcess anda. Sesiapa saja boleh menghantar karya pendek (jumlah perkataan: maksima 100).
Tonjolkan kebolehan anda dalam bentuk cerpen, sajak, haiku atau apa saja!


Wait! There's more!

DAPATKAN BAUCAR BOOKXCESS BERNILAI RM5 APABILA CERITA ANDA DIPAPARKAN DI SINI!*

Penulis dengan cerita yang diluluskan oleh moderator kami akan mendapat baucar BookXcess bernilai RM5 untuk digunakan di kedai-kedai fizikal BookXcess

*Tertakluk kepada Terma dan Syarat. Baucar hanya boleh ditebus dengan pembelian minima RM50
LIHATLAH CERITA ANDA DICETAK PADA RESIT BOOKXCESS DAN DAPATKAN PELUANG UNTUK DITERBIT OLEH FIXI!**

Setiap dua minggu, para hakim kami akan memilih satu cerita sebagai pemenang daripada karya-karya yang terpapar di laman web ini. Cerita pemenang ini akan dicetakkan pada resit BookXcess selama 2 minggu DAN penulisnya berpeluang untuk menerbitkan karyanya dengan Fixi.

**Tertakluk kepada Terma dan Syarat.

Jangan tunggu lagi - sertai sekarang dan kongsi cerita terpendam anda.


Read here for more details : http://www.bookxcess.com/receipt-stories/

p/s : Selamat berkarya!

Big Bad Wolf 2015

 Picture Credit : Big Bad Wolf 2015

Picture Credit : Big Bad Wolf 2015

Big Bad Wolf 2015
Date : 4 Disember - 14 Disember 2015
Time : 7am 4 Dis -11.59pm 14 Dis
Venue : MIECC The Mines

Website :
https://www.facebook.com/bbwbooks
http://www.bigbadwolfbooks.com/


BBW, an event that we never get bored of, no matter how many times we go. We bought a lot of books. Some of them, I haven't even finished reading it :p

Kalendar Cuti Umum Dan Cuti Sekolah Malaysia 2016

Picture Credit : Kalendar Cuti Umum Dan Cuti Sekolah Malaysia 2016

Jadual Persekolahan dan Cuti Sekolah 2016

Jadual Persekolahan dan Cuti Sekolah 2016