Friday, December 4, 2015

Receipt Story 2015


This is a print screen of my email. It was about my winning entry in 2012 : My receipt story (Receipt Oh Receipt). This year, BookXcess will be organizing the same contest which is the 'Receipt Story'. 

What is Receipt Story? Taken from the original website, please read the explanation below.

APA ITU CERITA RESIT?

Setiap pembaca berpotensi menjadi penulis. Dalam setiap penulis, ada cerita terpendam. Anda dah bersedia untuk menulis cerita anda?

BookXcess terkenal sebagai kedai buku termurah di Malaysia. Pegangan mereka: untuk menggalakkan tabiat membaca dalam kalangan rakyat Malaysia dengan menjual buku pada harga yang paling rendah supaya mampu dimiliki semua.

Fixi adalah penerbit tempatan dengan fokus kepada novel urban kontemporari. Kini mereka berganding bahu untuk menghidupkan kembali Cerita Resit: cerpen dan puisi yang dicetak pada resit BookXcess anda. Sesiapa saja boleh menghantar karya pendek (jumlah perkataan: maksima 100).
Tonjolkan kebolehan anda dalam bentuk cerpen, sajak, haiku atau apa saja!


Wait! There's more!

DAPATKAN BAUCAR BOOKXCESS BERNILAI RM5 APABILA CERITA ANDA DIPAPARKAN DI SINI!*

Penulis dengan cerita yang diluluskan oleh moderator kami akan mendapat baucar BookXcess bernilai RM5 untuk digunakan di kedai-kedai fizikal BookXcess

*Tertakluk kepada Terma dan Syarat. Baucar hanya boleh ditebus dengan pembelian minima RM50
LIHATLAH CERITA ANDA DICETAK PADA RESIT BOOKXCESS DAN DAPATKAN PELUANG UNTUK DITERBIT OLEH FIXI!**

Setiap dua minggu, para hakim kami akan memilih satu cerita sebagai pemenang daripada karya-karya yang terpapar di laman web ini. Cerita pemenang ini akan dicetakkan pada resit BookXcess selama 2 minggu DAN penulisnya berpeluang untuk menerbitkan karyanya dengan Fixi.

**Tertakluk kepada Terma dan Syarat.

Jangan tunggu lagi - sertai sekarang dan kongsi cerita terpendam anda.


Read here for more details : http://www.bookxcess.com/receipt-stories/

p/s : Selamat berkarya!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...