Wednesday, July 4, 2018

World Cup 2018

Hanya tinggal berbaki 8 perlawanan lagi untuk Piala Dunia 2018 dengan menyaksikan banyak pasukan kuasa besar bola sepak terkeluar seperti Jerman (Juara Dunia edisi lepas), Sepanyol, Argentina dan juga Portugal.

Edisi kali ini juga memperkenalkan teknologi baru VAR (Video Assistant Referee) untuk membantu tugas pengadil semasa perlawanan. Banyak kebaikan dan juga sebaliknya, mari kita tengok hasil teknologi ini selepas edisi 2018 tamat.



Edisi 2022 seterusnya akan berlangsung di benua Asia dengan negara Qatar akan menjadi tuan rumah seterusnya. Sayang sekali Jepun tewas, kalau tidak kita akan ada wakil dari Asia. Perlawanan Belgium vs Jepun semasa pusingan kalah mati memang mendebarkan dan menarik. Boleh dikatakan antara perlawanan yang sengit dan menghiburkan dengan 5 gol dijaringkan. Gol masa lewat perlawanan menjadi duri kepada Jepun yang akhirnya tewas 2-3 kepada Belgium. Ingatkan bersambung dalam masa tambahan, rupanya Jepun tidak ada rezeki. Nampaknya industri bolasepak Jepun telah jauh kehadapan meninggalkan Malaysia ;)

Mari menonton perlawanan suku akhir Piala Dunia 2018 dan menyaksikan juara baru dinobatkan. Ada ramalan?



Tuesday, July 3, 2018

New Unifi plan : 30Mbps below RM100

Nampaknya harapan semua yang menunggu pelan broadband dengan harga yang berpatutan akan tiba tidak lama lagi dengan pengenalan pelan baru Unifi oleh TM. Diberitakan pelan ini disasarkan kepada golongan B40 seterusnya membantu celik huruf digital.

Di samping itu, pelan Unifi Turbo ditawarkan kepada pelanggan sedia ada dengan kelajuan sekali ganda dari sekarang dan juga kepada pengguna Streamyx - pelan naik taraf (bergantung kepada kawasan).

Pelan yang termurah Unifi setakat ini adalah Unifi Lite dengan 10mbps berharga dalam RM129.

Info lanjut boleh baca berita dari theStar


Sumber : The Star online

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...