Thursday, July 11, 2019

Ferrari car collectibles





Shell Malaysia telah melancarkan kempen memiliki koleksi model kereta Ferrari yang bermula dari 1 Julai 2019. Sebanyak 8 model kereta Ferrari akan dijual di semua stesen minyak Shell dengan 2 model kereta setiap 2 minggu boleh dibeli oleh anda.

Apa yang perlu anda lakukan hanyalah mengisi minyak RM30 dan layak untuk membeli model kereta Ferrari ini dengan harga RM15.90

Setiap 2 minggu 2 model akan dikeluarkan dan senarainya adalah seperti di bawah :







Bagi peminat kereta model Ferrari bolehlah pergi mendapatkannya di Shell berdekatan. Ada satu lagi, untuk melengkapkan koleksi anda, disertakan juga lori edisi terhad. Anda hanya perlu membeli minyak hitam Shell Helix Ultra 4L dan mendapat secara lori ini secara percuma atau membeli terus dengan harga RM99.90.

Yang pasti anda boleh meluangkan masa kualiti bersama anak mengumpul model kereta ini atau simpan terus dalam almari koleksi anda hehe.

Selamat membeli!


Sumber : Shell Malaysia, Paultan.org




Tuesday, July 2, 2019

Terima Kasih Lee Chong Wei



Antara berita terbesar bulan Jun ini adalah berkenaan Lee Chong Wei bersara dari arena badminton. Selepas Lee Chong Wei didapati positif menhidap kanser hidung, beliau berehat dari pertandingan dan berubat di luar negara. Hanya selepas disahkan bebas dari penyakit tersebut, beliau kembali membuat latihan dan tumpuan kepada dalam gymnasium dan latihan kecergasan.

Kerjaya beliau berwarna warni semenjak menceburi sukan badminton, ada turun dan naik. Sayang sekali beliau gagal membawa pingat emas pertama untuk negara. Mungkin itu adalah antara yang dikesalinya.

Bila bercakap mengenai Lee Chong Wei, tidak dapat dipisahkan dengan seteru utamanya Lin Dan, juga dikenali dengan gelaran Super Dan. Mereka banyak kali bertemu di peringkat akhir kejohanan utama dunia termasuk Olimpik. Kadang-kadang tembok Lin Dan sukar untuk ditewaskan terutamanya dalam sukan Olimpik. Beliau bermain sebanyak 3 kali dalam sukan olimpik iaitu pada 2008, 2012 dan 2016 dan membawa pulang pingat perak.

Pencapaian beliau cemerlang dengan memenangi pingat perak Olimpik sebanyak tiga kali, naib juara kejohanan dunia tiga kali, 69 kejuaraaan dengan 46 daripadanya daripada SuperSeries. Beliau juga memegang selama 199 minggu sebagai pemain nombor satu dunia daripada 2008 ke 2012.

Teringat kembali semasa perlawanan peringkat akhir di Olimpik 2008 dan 2012 dan hanya dipisahkan dengan Lin Dan sahaja. Peluang cerah beliau apabila di Olimpik 2016 menentang Chen Long, perlawanan begitu sengit dan mendebarkan (kadang-kadang boleh kena sakit jantung). Banyak emosi kita disentuh semasa beliau bermain, kita yang duduk di depan televisyen pun terasa tekanannya, sorak gembira apabila mendapat mata dan kecewa apabila lawan mendapat mata. Belum lagi marahkan penjaga garisan apabila kata keluar kepada bulu tangkis beliau ;)


Coretan pantun dan nota selamat tinggal dari Instagram beliau

Semangat luarbiasanya dalam gelangang dan diluar boleh kita jadikan iktibar dan kepada generasi seterusnya. Beliau sememangnya pembakar semangat kita dan wira negara.

Terima Kasih Lee Chong Wei!



Sumber : theStar, theSundaily

Thursday, June 13, 2019

App : MyRailtime




Berita gembira kepada pengguna KTM Komuter yang mana KTM Berhad telah memperkenalkan satu app khas yang diberi nama “MyRailtime”. Dengan app ini pengguna boleh mengetahui masa ketibaan dan merancang perjalanan. Untuk peringkat awal ini, MyRailtime boleh digunakan bagi laluan Port Klang-Tanjung Malim, Sungai Gadut-Batu Caves dan Skypark Link. 

Apa yang menarik MyRailtime ini menawarkan masa sebenar (real time), dengan ini membolehkan pengguna merancang perjalanan mereke ke stesen dan tidak membuang masa menunggu ketibaan tren seterusnya. Dilaporkan juga disebabkan oleh projek menaik taraf rel fasa satu di lembah klang, frekuensi kekerapan tren menurun dari 20 minit ke 45 minit. 

Anda boleh download dari PlayStore (pengguna Android) and AppStore (pengguna iOS).

  Paparan muka utama MyRailtime


Cuma taip destinasi dan click Search.


 Contoh paparan - ada dibagitahu sama ada tren dalam jadual atau lambat


Berbagai pengalaman saya menaiki KTM Komuter sebelum ini, membuatkan KTM Komuter pilihan terakhir dalam senarai pengangkutan awam saya. Satu senario, pernah terlepas tren dalam beberapa saat, apabila melihat papan masa untuk melihat tren seterusnya, tren akan tiba dalam masa 2 jam kemudian. Beberapa kali juga terkena untuk ke destinasi yang berbeza-beza.

Diharapkan perkhidmatan KTM Komuter dapat dipertingkatkan setelah projek menaiktaraf selesai nanti dan dengan adanya MyRailtime ini dapat membantu pengguna tetap KTM Komuter.


Selamat mencuba!









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...