Wednesday, March 17, 2010

Pendidikan Seks Di Sekolah: Perlu Atau Tidak?

Picture Credit : Pendidikan Seks Di Sekolah?


Perlukah pendidikan seks di sekolah? Satu persoalan yang telah lama diperkatakan. Ada yang menyokong dan ada juga yang kurang bersetuju dengan cadangan tersebut.

Salah seorang rakan blogger, Mrs Sharing berpendapat bahawa pendidikan seks adalah satu cadangan yang baik kerana secara tidak langsung ia boleh membantu mengurangkan gejala sosial di negara kita. Cuma, bait – bait kebimbangan yang diutarakannya ialah dari segi tahap pendidikan seks yang bakal dipelajari oleh pelajar – pelajar sekolah. Sejauh manakah pengetahuan seks yang akan dipelajari oleh murid – murid sekolah?

Secara tidak langsung, saya terpanggil untuk menulis topik ini kerana sebagai seorang yang digelar pendidik; sedikit sebanyak tanggungjawab itu bakal di galas secara langsung atau tidak langsung. Walaupun keputusannya belum lagi diketahui, namun tempiasnya dapat dirasai.

Bagi pendapat saya, pendidikan seks perlulah diadakan di sekolah. Ia perlu diadakan bagi memberi satu bentuk kesedaran kepada para pelajar dari pelbagai sudut. Menurut fellow kanan IKIM, Siti Fatimah Binti Abdul Rahman isu pendidikan seks bukan hanya mengajar hubungan seks semata – mata tetapi boleh di pelajari dari sudut fungsi reproduktif manusia, penjagaan kesihatan, kesan – kesan dari serta nilai – nilai murni yang perlu diterapkan kepada pelajar. Namun demikian, banyak perkara perlu diteliti terlebih dahulu.

Menurut Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Lok Yim Pheng; kesatuan menyokong usaha kerajaan untuk menyediakan pendidikan seks di sekolah-sekolah tetapi guru-guru kurang latihan formal dari segi kerumitan dan sensitiviti subjek itu serta tidak yakin untuk mengajarnya. (Source)

Oleh hal yang demikian, banyak aspek perlu dihalusi dan dikaji terlebih dahulu sebelum mengambil apa jua tindakan. Beberapa persoalan mengenai isu pendidikan seks perlulah diteliti terlebih dahulu seperti:
  • Bagaimanakah kaedah pengajaran dan pembelajarannya?
  • Apakah intipati Pendidikan Seks yang akan diajarkan? Silibus?
  • Apakah alat bantu mengajar yang sesuai untuk Pendidikan Seks?
  • Siapakah yang perlu mengajar Pendidikan Seks? Guru? Ibu – bapa? Jururawat?
  • Guru yang bagaimanakah sesuai untuk mengajar Pendidikan Seks? Guru ‘Senior’?
  • Adakah guru – guru sudah bersedia untuk mengajar Pendidikan Seks? Ilmu? Tahap keyakinan?
Apa - apa hal pun, pada pendapat saya, pendidikan seks ini perlulah bermula dari rumah. Sekurang - kurangnya murid - murid sudah terdedah dengan pengetahun seks (Peringatan: pendidikan seks bukan hanya mengenai hubungan seks sahaja). Ibu - bapa adalah guru yang terbaik untuk anak mereka.

2 comments:

Ken Wooi said...

we'll all learn eventually =P

Rabia Sensei said...

Hehe, yeah, I guess so? (-_-')