Saturday, April 17, 2010

Al-Fatihah Buat Allahyarham Achik Spin


Picture Credit : Al-Fatihah 
Artis terkenal yang juga vokalis kumpulan Spin, Abdillah Murad Md. Shari atau lebih dikenali sebagai Achik Spin, 28, meninggal dunia dalam satu kemalangan ngeri di KM 14 Lebuh Raya Kajang Seremban Sdn. Bhd. (Lekas) dekat sini petang ini.

Allahyarham, yang berada di dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) yang terbabas dan terbakar, meninggal dunia di tempat kejadian.

Pada masa ini, polis dan anggota bomba masih lagi berada di lokasi nahas dan difahamkan mayat Allahyarham akan dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar di sini malam ini.

Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Supritendan Polis (ASP) Abd. Halil Abd. Hamzah mengesahkan kejadian tersebut. (Source)

Takziah buat keluarga Allahyarham Achik Spin. Semoga rohnya dicucuri rahmat.

Al-Fatihah.

1 comment:

suka hati said...

Wah...Alfatihah utk arwah..