Tuesday, April 6, 2010

Bercinta Tidak Semestinya Bersatu


Tadi tengok cerita Sindarella, walaupun dah tengok sebelum ni, tapi still tak boring untuk menonton siaran ulangannya lagi. In the end of the episode, it wrote something that I want to share it with you.

Kepada sesiapa yang sedang bercinta...
Bercinta tidak semestinya bersatu...


Betulkan? Then saya pun google dan terjumpa pulak sajak ni di salah sebuah blog. Sweet and touching. So, just wanna share it with you.

Bercinta Tidak Semestinya Bersatu

Siapa yang ingin jatuh cinta hanya jika untuk terluka
Siapa yang ingin jatuh cinta hanya jika untuk tenggelam dalam air mata
Siapa yang jika diberi pilihan, tidak mahu hidup bersama kekasih hatinya
Siapa yang mahu hidup sengsara
Membiarkan kekasih hati hidup bahagia
lalu diri menanggung derita
tetapi itulah erti cinta bagi sesetengah mereka
Cinta tak semestinya bersatu
Cinta tak semestinya keduanya bahagia ke jinjang pelamin

Cinta itu boleh juga jadinya...
Asalkan si dia berbahagia, saya sudah pun punyai seluruh dunia
tidak mengapa tidak bersama
kerana cinta tak semestinya bersatu
Jika akhirnya kita akan mengatakan
"Cukuplah melihatnya bahagia dengan orang lain yang berhak membahagiakannya"
kerana jodoh, ajal dan maut ketentuan dariNya
Kita hanya merancang, Dia menentukan

Sekuat manapun kita berusaha
jika akhirnya kita akan mengatakan
"Usaha saya sampai di sini saja"
Jika tidak tertulis jodoh kita dan dia
Ia pastinya tidak akan membawa kita ke mana-mana
Kerana jika benar dia dan kita memang ditakdir bersama
Dalam dunia lain pasti tetap bersama juga
InsyaAllah...pada masa yang akan datang, dia akan kembali juga....

Credit to : Laila Kamilia
 
p/s: To you, that I used to call Labu @ abg, semoga berbahagia bersama isteri tersayang :)

4 comments:

myQza said...

Kalau telah di tetapkan dia bukan jodoh kita, sayang mcm mana pun dia tetap bukan milik kita!

Rabia Sensei said...

ye betul. I've been there.

Life is... said...

Rabi, sedih la pulak aku baca poem tu, but i do understand where you're coming from. been there, done that!

Rabia Sensei said...

Is that you, Abby? Huhu... Kisah lama beb. Dah tinggal sejarah...