Sunday, February 13, 2011

Esok Valentine's Day


Esok 14 Februari, 2011. Bukan tarikh lahir saya. 14 Februari lebih dikenali sebagai Hari kekasih or Valentine's Day.

Harap semua maklum bahawa  umat Islam dilarang menyambut Hari Kekasih / Valentine's Day. Boleh rujuk di e-fatwa : Fatwa Hukum Umat Islam Menyambut Hari Kekasih (Valentine's Day)
Sebelum ini saya dah share tentang Sejarah Valentine's Day. Blogger lain pun dah ramai kongsi pasal Valentine's Day. Macam Bro Ben Ashaari kata, fikirlah sebelum melakukannya. Bagi saya, janganlah kita terikut sangat dengan budaya asing. Jadi, sebelum buat atau ikut sesuatu itu, fikir dulu. Baik atau tidak. Bukan ikut membuta tuli.

Macam blogger Velasrizal Rodriguez pula kata, beliau mengharapkan pihak Jabatan Agama Islam memainkan peranan yang penting mendidik umat Islam agar tidak menyambut Valentine Day dan menerapkan ilmu-ilmu akidah dan ajaran Islam kepada umat Islam.

Bukan setakat satu pihak sahaja malah semua umat Islam perlu memainkan peranan. Jadi sama - sama kita sampai - sampaikan, saling ingat - mengingatkan sesama kita. Bila kita tahu sesuatu itu salah, kita tegur dengan baik. 

Bak kata blogger Sharinginfoz, saya quote "Tak salah untuk menyatakan kasih sayang so tak perlu le tunggu 14 Februari, hari-hari pun boleh dibuat." Betul kan? Kalau si isteri dan si suami setiap hari berjumpa, mengapa mesti tunggu Hari Kekasih untuk ucapkan kata kasih dan sayang? Pinjam kata blogger Menjaring Impian, "Hari - hari aku sayang". Semakin hari, semakin sayang. Semakin lama, cinta mendalam. Kan lebih manis dan harmoni sebuah rumahtangga itu kalau si isteri atau si suami ucapkan "I love you" setiap hari.

Apa-apa hal pun yang paling penting, sebagai umat Islam tak payahlah kita sibuk - sibuk dengan Valentine's Day atau Hari Kekasih ni. Ikut macam kata Bro BeautifulNara, "Valentine Day hanya untuk yang bukan Islam, yang Islam sila sambut Maulidur Rasul".

No comments: