Sunday, February 20, 2011

It's Hard To Please Everyone

 Picture Credit : You unfollow me? Why? Why? Tell me why?

Tadi blogwalking beberapa blog, baca blog yang saya dah follow. Aktiviti hujung minggulah katakan. So, tertarik dengan satu entry dari blog Syurga Itu Indah. Tajuknya 10 Sebab Aku Tak Nak Follow Blog Korang.

Copy from
Syurga Itu Indah . Sudah diringkaskan.

1. Banyak gambar artis -artis Korea.

2. Gambar terlalu kecil.

3. Blog yang pasang lagu secara automatik.

4. Blog pompuan gedik. 

5. Tulisan blog pelbagai saiz dan warna dalam satu entry.

6. Blog lucah, entry lucah, lawak lucah, blog yang guna perkataan lucah.

7. Blog yang entrynya banyak guna singkatan. Contoh, Lau=Kalau

8. Blog blogger otai yang berlagak.

9. Penulisan banyak sangat guna Bahasa Inggeris.

10. Blog yang jarang update.

Kebanyakkan reason saya setuju. Tapi ada satu reason tu, macam terkena batang hidung sendiri pula. Yang mana satu yer? Hehe, saya tak nak bagitahu! Tapi takperlah. We need to respect other people's opinion. Don't be emotional when you read something that you don't like.

Teringat ada satu masa dulu, saya tulis satu entry Semua MLM Penipu! dan saya dikecam hebat oleh seorang anonymous. Sampai saya siap tulis satu entry khas untuk anonymous tu
To The Hot Anonymous. Thanks!

Selepas entry tu, saya perasan bilangan followers saya berkurangan sebanyak seorang. Maknanya ada orang sudah 'unfollow' blog saya. So, I assumed the same anonymous yang marahkan entry saya Semua MLM Penipu!

At first, rasa down juga lah because not my intention to hurt my readers atau sesiapa saja yang berkecimpung dalam business MLM. Siap 'unfollow' saya lagi means marah sangatlah dengan saya. Niat saya hanya ingin berkongsi tanpa menyebelahi mana - mana pihak. Bila difikir - fikirkan balik, kita tak boleh please everyone. It's impossible, kan?

p/s: Speak the truth, even when it hurts.

2 comments:

mya said...

sama lah..
saya pun setuju juga dengan semua di atas.. he he..

Rabia Sensei said...

Mya, thanks for the comments ;p Maaf. lambat lak saya membalas.