Thursday, February 24, 2011

Pendaftaran Haji Secara Online

Found this from my friend, Saiful Adli.

Seperti dia juga, saya pun tak tahu mengenai pendaftaran haji secara online. Jadi, bolehlah daftarkan diri anda di sini: Pendaftaran Haji.

Picture Credit : Pendaftaran Haji Secara Online  
Cara Pendaftaran

Pendaftaran haji (web) ini membenarkan anda membuat pendaftaran untuk menunaikan haji melalui TH tanpa perlu pergi ke pejabat TH. Apa yang anda perlu lakukan adalah dengan membaca dan menerima syarat-syarat pendaftaran dan mengisi borang pendaftaran secara Online. 

Setiap pendaftaran haji (web) akan disemak oleh pihak TH bagi memastikan maklumat yang diterima adalah betul dan anda mempunyai wang simpanan yang cukup. Proses ini juga akan melibatkan anda dihubungi melalui telefon ataupun e-mel. Apabila pihak TH telah berpuas hati dengan maklumat yang diterima, pendaftaran sebenar akan dibuat dan no pendaftaran haji akan dimaklumkan kepada anda.

Syarat Pendaftaran

Semua warganegara Malaysia yang beragama Islam dan mempunyai akaun simpanan di TH. Walaubagaimanapun kelayakan pendaftaran bergantung kepada baki amaun simpanan TH anda. Baki minima untuk memastikan pendaftaran anda diterima adalah RM 1300.00.

Nampaknya, dua orang kawan saya sudah pun mendaftar. Jom pergi daftar sekarang di sini. Menunaikan haji itu wajib bagi semua umat Islam yang berkemampuan. 

4 comments:

Shafa said...

kalau dah berkemampuan tu elok daftar awal2 sebab lepas tu nak kena beratur lagi tunggu sampai giliran kita.. Daftar skrg, mungkin 5/10 thn lagi baru sampai turn. nway, good info.

Sharinginfoz said...

thanks for sharing

Rabia Sensei said...

Shafa, thanks for the comments. Yup, betul. Mulalah dari sekarang!

Rabia Sensei said...

Sharinginfoz,
Hehe, thanks. I learn from you what.. sharing is caring. =D