Monday, August 6, 2012

Olympic 2012 Final : Usain Bolt


Pak Usain berjaya lagi dalam cabarannya mempertahankan Gelaran orang terpantas dunia. Walaupon mula2 ade yang mempertikaikan kebolehannya atas beberapa sebab. Antaranya kecederaan yang dialaminya dan tewasnya beliau dalam Olimpik kelayakan negara Jamaica dengan seorang lagi pendatang baru - Yohan Blake,

Selapas itu, ade cakap2 yang menyatakan Yohan Blake yang akan menggantikan beliau selaku Raja Pecut. Pusingan kelayakan menyaksikan Usain Bolt menang ngan bergaya dan seterusnya dalam separuh akhir.

Dalam pusingan akhir yang hampir semuanya berlari bawah 10s, pelari2 pecut dunia semuanya ade dalam senarai nama untuk acara akhir. Dunia mayaksikan acara nie ngan penuh minat yang mane ia hanya memakan masa 10 saat je.

Permulaan lambat bagi Usain Bolt dan hanya bila sampai 50m akhir baru nampak kelibatnya ke hadapan dan terus kehadapan lalu menang dengan catatan masa 9.63s iaitu Olimpik rekod dan catatan kedua terpantas penah dibuat (Rekod Dunia hanya 9.58s).

Bole lihat Full replay kat youtube :  Pusingan Awal, Separuh Akhir dan Akhir


Sumber : theStar Online, London2012

No comments: