Thursday, August 30, 2012

XOOM with Ice Cream Sandwich II

Ingat lagi tak post saya berkenaan dengan Xoom yang baru upgrade ke Ice Cream Sandwich (bole lihat sini). Hari ini saya sambung berkenaan dengan pengalaman mengunakan OS baru - Ice Cream Sandwich (ICS).

Sebelum itu, cerita pengenalan dulu :) . Motorola Xoom merupakan salah satu yang dipanggil Google Experience Device (macam anak emas ler, yang mane update dari Google akan pergi ke device nie dulu sebelum device lain) dan telah didatangkan dengan Honeycomb, yang mane memang khas untuk tablet aje. Kalau tengok telefon2 yang guna patlform android, takde yang boleh update ke Honeycomb.

Ape yang bezanya Xoom dengan tablet lain ialah ciri2 mesra pengguna nye kalo dibandingkan dengan Samsung dan lain2. Ia boleh cucuk usb terus dengan laptop atau pc untuk pemindahan data tanpa perlu install software lain. Ia juga support micro SD card, jadi bole tambah storage dan yang bestnya ade micro HDMI port, bole cucuk terus ke TV yang mane ade HDMI port.

Fungsi ni memang takde kat tablet lain masa dapat Xoom nie, jadi masa kahwin haritu pergi rumah sedara mara dan lain-lain, semua tanya nak tengok gambar kahwin. Pendek kan cerita, transfer masuk gambar dalam Xoom dan pergi umah diaorang (terutama parent dan mertua) cucuk dan display kat tv, besar sikit gambar nak tgk hehehe - plug n play aje.

ICS
Kembali kepada ICS upgrade tadi. Pertama kali masuk Home screen selepas upgrade, perbezaan ketara adalah font dia (kalo tak salah guna Roboto font) dan performance. Terasa laju dan smooth aje bila touch slide untuk tukar screen atau browse dalam senarai applikasi. Honeycomb sebelum ini terasa berat dan perlahan serta kadang2 dia crash - freeze. Sekali pandang macam sama aje dengan honeycomb kecuali beberapa ciri2 baru.


Pertama sekali, boleh ambil screenshot terus dari xoom. Tak payah nak install apps atau guna tool seperti sebelumnya. Hanya tekan butang volume down dengan butang power serentak, xoom akan tangkap screenshot dan memberikan notifikasi kat taskbar.

Kedua, dalam ICS boleh tutup aplikasi yang jalan (guna multitask button - kalo kite buka banyak aplikasi dalam satu masa) dengan swipe aje aplikasi yang dibuka sebelum ini. Fungsi ini memang jimatkan masa, senang untuk terus tutup aplikasi yang tidak diperlukan lagi.


Fungsi untuk create new folder untuk group kan ikon2 aplikasi boleh dilakukan dalam ICS. Ini memang berguna untuk bersihkan desktop screen dari terlalu banyak ikon2 dalam satu screen. Sebagai contoh, saya ade 5 browser seperti gambar di bawah, yang terbaru ialah chrome sebab Chrome hanya ade untuk ICS dan keatas.

Kalau tengok, rupa dia takde ler macam ikon folder dalam komputer, ikon2 itu disusun seperti bertindih2 dibelakangnya. Bagi saya yang khaskan satu desktop screen untuk games, working, personal  dan Home screen supaya senang nak capai ke aplikasi yang berkenaan. Ini memang menjimatkan ruang dan jadi tak serabut.



Selain itu, kalau pergi ke Setting, banyak fungsi baru seperti built in dalam ICS untuk data usage. Tak seperti sebelum ini yang mana saya kena install aplikasi lain hanya untuk tujuan ini. Cuma sayangnya, fungsi Face Unlock takde untuk versi tablet. Agaknya, tablet terlalu besar kot untuk buat Face Unlock hehe.


Selain itu, datangnya ICS adalah update untuk aplikasi2 seperti Gmail (takde fungsi untuk Conversation mode Off) dan People app contacts. Juga kali ini widgets dan apps ade laci (Cabinet) sendiri seperti di bawah. Oh ya, tak dilupakan ada camera ada fungsi baru yang mana gambar yang diambil boleh terus diupload ke mana2 aplikasi seperti facebook, instagram, photo editing atau bluetooth.


Ok. Itu sahaja buat kali ini dan kalau ade lagi akan saya update. Terima kasih kerana membaca ;)

Post terdahulu : Part 1 -XOOM with Ice Cream Sandwich

No comments: