Wednesday, September 5, 2012

The Hobbit

The Hobbit: An Unexpected Journey
The Hobbit merupakan filem siri yang terbaru dari Peter Jackson yang merupakan cerita pengembaraan fantasi yang merangkumi 3 siri atau sekuel bermula 2012. Antara tajuknya adalah An Unexpected Journey (2012), The Desolation of Smaug (2013) dan There and Back Again (2014).

Filem siri ini adalah prekuel kepada trilogi The Lord of the Ring dimana mengambil zaman 60 tahun sebelum The Lord of the Ring dan mengisahkan pengembaraan kaum Hobbit terutamanya Bilbo Baggin  dan Gandalf. Pada mulanya, pengarahnya hanya mahu menerbitkan cerita dalam 2 siri filem sahaja tetapi mengubah fikiran dan manjadikannya 3 siri dan menyatakan dia cukup bahan untuk menjadikan The Hobbit sebagai 3 siri filem.

The Hobbit: An Unexpected Journey Trailer 2012

Saya harapkan cerita dia nanti akan sama atau lebih bagus dari The Lord of the Ring dan bolehkan kita menikmati satu lagi siri filem hebat daripada Peter Jackson. Bolehlah singgah ke laman sesawang sini dan blog untuk mendapatkan berita dan perjalanan filem ini dan nantikan siri pertama dalam bulan Disember nanti.


Sumber : The Hobbit Movie, The Hobbit Blog, Berita Harian, Utusan Malaysia

2 comments:

Ida Mior said...

Wow, cm best je ni, excited2!!

Ida Mior said...

Best2!! X saba plak nk tgk, hehe