Thursday, January 17, 2013

Movie : CZ12

CZ12 adalah karya terkini daripada arahan Jackie Chan,  berkisar kepada khazanah negara China yang dirampas pada tahun 1800 di Istana Imperial Summer oleh penjajah dan bermulanya  pencarian patung gangsa binatang Chinese Zodiac untuk mendapatkan keuntungan segera.

Filem ini bermula dengan Jackie Chan (JC) melarikan diri daripada pengkalan musuh dengan memakai alat menyelungsur di seluruh badan. Beliau mengumumkan bahawa ini merupakan filem aksi beliau yang terakhir dan dapat diperhatikan elemen2 yang menjadi trademark beliau selama ini ada dalam cerita ini. Adegan kejar mengejar, berlawan menggunakan alatan disekelingnya dan diselitkan humor.

CZ12 trailer
All copyrights reserved to original creator. No copyright infringement intended

Walaupon filem ini dihasilkan oleh JC, ia tidak terlepas dari beberapa kelemahannya. Plot nya yang pantas dan cepat berpindah ke lain sebagaimana adegan berjumpa dengan sekumpulan lanun di hutan dalam mencari khazanah patung gangsa. Seperti ala-ala Indiana Jones lak ;)

Adegan aksi yang menarik apabila mana JC berlawan di atas sofa dengan Vulture. Babak ini paling menarik dalam filem ini. Di akhir cerita, JC balik ke pengkal jalan dan cuba menyelamatkan satu patung gangsa dari dibuang ke gunung berani. Kenapa gunung berapi tiba2 dalam filem? Silalah lihat filem ini seadaanya.

Selamat menonton.

No comments: