Thursday, December 12, 2013

Cara Mengatasi Kaki Bengkak Semasa Hamil

Picture Credit : Kaki Bengkak Semasa Hamil

Sekarang kandungan saya dah 30++ minggu atau sudah 7 bulan lebih. Kaki sudah mula membengkak. Kasut dan sandal dah tak muat. Nampaknya kenalah tukar yang baru. Rasa tak selesa sangat bila kaki dah mula bengkak ni. So, saya mulalah search di Google cara - cara nak mengurangkan atau mengatasi kaki bengkak semasa mengandung. Inilah antara tips - tipsnya. Mari kita lihat!

Kaki bengkak semasa hamil atau edema


Semasa hamil, badan menghasilkan lebih kurang 50% lebih darah dan cecair badan untuk memenuhi keperluan bayi yang sedang berkembang. Bengkak adalah sebahagian normal semasa kehamilan yang disebabkan oleh darah dan cecair tambahan ini. Bengkak juga dikenali sebagai edema selalunya berlaku pada tangan, muka dan terutamanya pada kaki. Kaki bengkak semasa hamil ini akan hilang selepas bayi anda dilahirkan.

Mengapakah kaki bengkak semasa hamil?

Ini disebabkan oleh perut anda yang semakin membesar terutamanya pada trimester ketiga. Kehamilan memberikan banyak tekanan kepada pengaliran darah dari bahagian bawah badan ke atas. Ini sering berlaku jika anda duduk terlalu lama di pejabat atau di dalam kenderaan. Cecair tambahan ini akan banyak mengumpul di bahagian kaki anda dan menyebabkan kaki bengkak.

Faktor lain juga boleh menyebabkan kaki bengkak semasa hamil

  • Cuaca yang sangat panas
  • Berdiri terlalu lama.
  • Menjalankan aktiviti harian yang terlalu banyak dan lama.
  • Makan makanan yang kurang Kalium (Potassium).
  • Pengambilan makananan yang masin yang terlalu banyak iaitu Natrium (Sodium).
  • Minum minuman yang berkafein seperti kopi terlalu banyak.

Tips untuk mengurangkan kaki bengkak semasa hamil

  • Bengkak boleh dikurangkan dengan makan makanan yang tinggi kalium seperti pisang.
  • Kurangkan pengambilan kafein seperti kopi.
  • Elakkan berdiri untuk jangka waktu yang lama. Sekali-sekala bangun dan berjalan
  • Regangkan kaki anda dan pusingkan pergelangan kaki anda, begitu juga jari-jari kaki anda.
  • Jangan menyilang kaki semasa duduk terutamanya dalam masa yang lama.
  • Alaskan bantal pada kaki semasa anda tidur atau rehat. Naikkan kaki anda ke atas seboleh mungkin.
  • Memakai kasut yang selesa dan elak memakai kasut tumit tinggi.
  • Elakkan pakaian yang ketat di sekitar pergelangan tangan, kaki atau buku lali anda.
  • Berehat atau berenang di kolam air.
  • Minum air yang banyak boleh mengurangkan pengekalan air dalam badan.
  • Kurangkan pengambilan natrium (garam) dan makanan pedas.
  • Kurangkan akitiviti di luar jika cuaca panas.
  • Gunakan ais sapu di kawasan bengkak atau rendam kaki dalam air sejuk
  • Tidur mengiring ke sebelah kiri dapat mengurangkan tekanan saraf, saraf terbesar terletak di sebelah kanan.
  • Amalkan senaman yang sesuai untuk wanita hamil.
  • Amalkan pemakanan yang sihat dan elakkan dari mengambil junk food.
  • Lakukan urutan pada kaki dengan menggunakan minyak urut atau minyak angin panas.
  • Minum ramuan herba. Antaranya ialah:
    • Masukkan 2 sudu ketumbar dalam 2 gelas air dan rebuskan ia hingga tinggal separuh (lebih kurang 1 gelas). Setelah itu, minum air rebusan itu 3 kali sehari. Bagi menambahkan rasa, anda boleh tambah sedikit gula dan susu.

Hubungi doktor anda jika anda dapati anda turut mengalami

  • Muka atau keliling mata bengkak.
  • Tekanan darah tinggi.
  • Kencing kotor.
  • Sebelah kaki kelihatan lebih bengkak daripada yang lagi satu.

Sumber :


p/s : Saya nak urut. Tapi mak saya tak bagi. Jadi saya alas bantal bawah kaki bila nak tidur. Alhamdulillah, dah surut sikit.

No comments: