Wednesday, December 3, 2014

Apa Yang Perlu Kita Buat Bila Ada Kematian?

Picture Credit : Al-Fatihah

Innalillahiwainailahirajiun. Mak saudara saya baru meninggal semalam. Seorang bekas guru. Semoga rohnya dicucuri rahmat-Nya dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan soleh. Al-Fatihah.

Ini diambil dari bicaraneem dan matahati-mama

Bila diyakini kerabat kita telah sah mati :-
  • Jangan cemas. InsyaAllah orang masjid akan sampai dan akan membantu uruskan jenazah.
    • Tuan bilal menyarankan agar kita patut tahu/simpan nombor telefon mana-mana ajk masjid untuk senang dihubungi dan memudahkan kita merujuk perkara-perkara sedemikian.
  • Pejamkan mata si mati.
    • Roh dicabut dalam keadaan songsang. Dari kaki naik ke ubun-ubun. Si mati dapat memandang rohnya secara langsung. Ada diantaranya yang matanya dalam keadaan celik. Jadi, rapatkan (pejamkan) mata si mati.
    • Sapu minyak di kelopak mata arwah untuk lembutkan kemudian cuba rapatkan mata arwah jika masih terbuka.
  • Tanggalkan pakaian si mati masa sakit.
  • Kalau perlu, gunalah minyak @ losyen bertujuan untuk melembutkan badan si mati untuk mandi jenazah. Begitu juga dengan tangan, sapu sedikit minyak di kedua - dua siku untuk lembutkan kemudian letakkan kedua-dua tangan di atas perut.Jenazah yang masih baru, badannya masih lembut.
  • Qiamkan tangan (seperti dalam bersolat)
  • Bersihkan (lap) bahagian qubul dan dubur si mati kerana orang akan datang membacakan Yassin dan ayat Al-Quran.
  • Luruskan kakinya dan ikat dibahagian kaki @ hujung kaki
  • Ikat kain di dagunya hingga ke kepala (ubun). Kain biarlah lebar sedikit. Ini bertujuan agar mulutnya tidak terbuka (ternganga). Ia juga bertujuan mengelakkan masuk serangga
  • Letakkan di atas katil (tempat lebih tinggi).
  • Letakkan sesuatu di atas perut si mati bagi mengelakkan perut buncit (masuk angin). Ada sesetengah jenazah yang meninggal di waktu petang dan dikebumikan keesokan harinya. Ini salah satu sebab. Ada sesetengah dari kita yang meletakkan gunting kerana percaya bila dilangkah kucing, si mati akan jadi hantu. Itu kepercayaan khurafat kata Ustaz. Tapi kalau bertujuan seperti di atas (elak masuk angin) tak apa. Ada sesetengah masyarakat guna tanah yang dibungkus dengan kain. Cuma jangan letak mushaf (Al-Quran) atas perut si mati.
  • Jika ada darah yang keluar dari hidung/telinga, sumbatkan dengan kapas untuk menahan darah dari terus menitik keluar.
  • Selimutkan arwah dengan kain yang dapat menutup seluruh jasad dari kepala hingga kaki. Boleh guna sebarang kain samada kain batik panjang, asal saja dapat menutupi jenazah.
  • Mesti ada pengesahan kematian dari doktor klinik/hospital. Bila dapat surat pengesahan tersebut baru buat laporan di balai polis berhampiran. Polis kemudiannya akan keluarkan Permit Pengkebumian/surat mati untuk urusan pengkebumian jenazah
  • Menjadi ahli khariat kematian samada di surau berdekatan rumah/masjid. Jika kita tiada khairat kematian, hanya perlu ada sejumlah RM520 (mungkin jumlah RM berbeza di masjid lain) untuk pengurusan jenazah dari awal urusan dimandikan, dikafankan sehinggalah selamat dikebumikan (wang boleh serah kemudian, pihak masjid boleh dahulukan). Pihak masjid yang akan menghubungi penggali kubur untuk menyediakan tempat, begitu juga urusan kain kapan dan sebagainya. Waris si mati tidak perlu bimbang tentang semua perkara itu.
  • Seelok-eloknya jenazah diurus oleh kaum keluarga dan waris terdekat. Menurut Ustaz, bila waris uruskan sendiri, kita akan buat dengan lebih ihsan. Haram jenazah diuruskan oleh musuh si mati. Contoh: orang mati digantung, orang yang menggantung tak boleh mandikan jenazah. Begitu juga orang yang berdendam dengan si mati.
  • Ini ialah tuntutan fardu kifayah, kena peka akan jenazah. Semasa mengurus jenazah, Ustaz minta kita baca "Bismillahi wa'ala millati rosulillahi shallallahu ‘alaihi wassalam". Ia boleh dibaca sewaktu memandikan, sewaktu angkat jenazah, masuk dalam liang lahad, pendekatan masa urus jenazah.
  • Bagi waris terdekat, harta faraid si mati jangan dibelanjakan kecuali setelah diselesaikan segala hutangnya. Hhutang dengan Allah (jika belum haji, hajikan), zakat dan fidyah si mati selesaikan dulu. Begitu juga jika si mati berhutang dengan manusia. Segerakan bayar hutang si mati. Lepas selesaikan segala hutang, barulah harta si mati difaraidkan.
Dalam satu hadith yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Tirmidzi dan Ibnu Majah, sabda Rasulullah SAW:

"Roh seseorang mukmin terpenjara dari tempat yang mulia disebabkan hutang sehinggalah hutang itu dilunaskan"

Bagaimana nanti nak bayar hutang di akhirat jika tak dilunaskan? Masa itu duit tak ada. Menurut Ustaz, bila dibicarakan di Mahkamah Akhirat, orang yang menanggung hutang dan tak dilunaskan sehingga dia mati maka akan (diambil) digantikan kebaikannya dan diberikan kepada orang yang dia berhutang.

*Ustaz suruh amalkan doa yang diajar Rasulullah SAW untuk elak berhutang dan mudah untuk bayar hutang. (Doa ini ada dalam Wirid Al-Mathurat Rasulullah SAW)

"Allahumma Inni a’udzubikaminal hamni wal hazan. Waa’udzubika minal ajzi wal kasal. Wa a ‘udzubika minal jubni wal bughl. Waa’udzubika min gholabatiddaini wa qahrirrijal"

Ya Allah, aku berlindung padaMu dari rasa sedih dan gelisah, dan aku berlindung padaMu dari kelemahan dan kemalasan. Dan aku berlindung padaMu dari sifat pengecut dan bakhil. Dan aku berlindung padaMu dari cengkaman hutang dan penindasan orang.

Wallahua'lam

No comments: