Tuesday, December 29, 2015

Tesla Powerwall - Powerbank for your house

Bayangkan anda ada powerbank yang boleh menjana tenaga elektrik untuk seluruh isi rumah, bukankah itu satu perkara yang menarik? Seperti mana anda menggunakan powerbank untuk menyelamatkan telefon pintar anda dari mati kerana kehabisan bateri.

Tesla, syarikat yang sinonim dengan mngeluarkan produk mesra alam seperti kereta elektrik telah menghasilkan satu revolusi baru dengan pengeluaran powerbank untuk kegunaan rumah. Dinamakan Powerwall, merupakan bateri untuk rumah anda. Ia dapat menyimpan tenaga solar di waktu siang untuk digunakan di malam hari atau berfungsi sebagai tenaga kecemasan bila mana bekalan elektrik terputus.

Powerwall
 
Secara ringkasnya, Powerwall merangkumi panel solar di luar rumah, inverter (yang menukarkan tenaga solar kepda elektrik), meter (untuk mengukur cas bateri) dan kotak Powerwall ( menyimpan tenaga yang dikumpul. Ia akan dihubungkan inverter tadi dengan panel elektrik kita di rumah.

Setiap Powerwall mampun menyimpan sehingga 7kwh bekalan tenaga yang cukup untuk seisi umah. Jikalau masih tidak mencukupi Powerwall boleh digabungkan untuk mendapatkan bekalan yang mencukupi untuk kegunnaan anda.Spesifikasi Powerwall seperti berikut :

 

Macamana pula dengan harganya? Diberitakan ia akan dipasarkan dengan harga US3000 untuk 7kwh dan US3500 untuk 10kwh. Kalau dalam duit kita lebih kurang dalam RM13000 - RM15000 (ikut kadar pertukaran wang asing sekarang) dan tidak termasuk kos untuk inverter dan juga solar panel ;).Warranti selama 10 tahun.

Ape yang menarik, Tesla membuka paten untuk Powerwall supaya pembangun lain dapat menyemarakkan pengeluaran dan seterusnya kepada pengguna.Kita tengok sejauh mana Powerwall mendapat tempat di hati pengguna dan jikalau ia boleh dieksport atau dikeluarkan oleh pengeluar di negara lain. Mana tahu satu hari nanti Powerwall boleh didapati di sini.


Sumber : teslamotors,  engadget,  wired  


No comments: