Tuesday, October 26, 2021

What's Up Guys?

Hi, what's up guys? 

Me? Nothing much lately. Just working from home as usual until the school reopen on 8th November. Let's do some throwback first, just to get some mood for writing again. 😅


This is us at Palm Garden Hotel - IOI Resort City. It was last year unplanned holidays. I don't really considered it as holiday though. Just a short getaway from home.


Then, end of last year maybe, we went to Penang. This is the view from Arte Serviced Apartment Penang. 

So, for this year, we haven't got any plans yet. Maybe will have a short trip to PD or Melaka. I think everyone will plan the same thing too - a trip during the school holidays. So, all places will be crowded, full with people 😵

Anyway, be safe everyone 💓

Saturday, April 17, 2021

Kisah Saya 2017 Sehingga 2019

Picture Credit : Warna - Warna Kehidupan

Bila membelek-belek blog, saya dapati sudah lama tidak menulis atau berkongsi di sini. Nampaknya saya kena mengimbas kembali apa yang telah saya lalui dalam tahun-tahun sebelum ini. Bukan untuk perkongsian semata-mata, tapi lebih kepada simpanan untuk diri sendiri. Sesungguhnya dalam usia yang akan menginjak 40 tahun, kapasiti memori saya sudah tidak seperti dahulu. Seringkali lupa. Sampaikan saya membawa diri juga ke dalam kumpulan Lupa Apa Hari Ini? Nasib baik, rupanya saya tidaklah keseorangan. 

2017
Tahun 2017 adalah tahun terakhir saya aktif menulis di sini. Ketika itu, saya baru berpindah sekolah di Bangi/Kajang. Saya mengajar di sesi petang. Jadi semasa itu,  rasanya tuntutan kerja tidak terlalu banyak. Hanya memegang jawatan Ketua Panitia dan Guru Bahasa Inggeris Tahun 3 sahaja. Jadi, seingat-ingat saya, tahun itu adalah tahun 'Honeymoon' saya.  

2018
Tahun 2018 mulalah perjalanan saya di sesi pagi. Saya masih lagi memegang jawatan Ketua Panitia BI. Kali ini saya mengajar murid - murid Tahun 6 dan Tahun 5. Kemudian saya dilantik sebagai AJK BKGK. Ketika ini saya sedang berjinak-jinak dalam bidang penulisan di bawah Pengkarya Guru (PG). Jadi semasa ini, saya baru hendak menyesuaikan diri dengan suasana baru. Setiap kali mengikuti kursus pada hujung minggu, saya sekeluarga akan menetap di hotel berdekatan DBP. Tidak silap saya, lebih kurang 5 kali perjumpaan pada hujung minggu. Jadi setiap hari Sabtu dan Ahad, saya berkursus bersama-sama rakan pengkarya bersama dengan penyelaras tetap yang kami panggil Kak Lyn. Kalau diimbas kembali, semasa itu semangat hendak menulis itu membuak-buak dalam hati. Tetapi, apabila diberitahu perlu menghasilkan satu novel remaja, malap sekejap api semangat saya semasa itu. Sebab ketika itu, saya hanya memasang niat untuk belajar sahaja dahulu. Belum sampai niatnya untuk menghasilkan sebuah karya lagi. Jadi adalah juga beberapa peserta kursus yang kecundang juga di tengah jalan. Akhirnya, kami semua tidak juga berjaya menghasilkan apa-apa karya seperti yang dijanjikan. 

2019
Tahun 2019 adalah tahun yang penuh dengan cabaran. Banyak peristiwa sedih dan manis yang berlaku. Banyak juga benda baru yang saya belajar sebagai seorang guru. Pada tahun ini saya tidak lagi memegang lagi jawatan KP. Saya masih lagi mengajar murid-murid Tahun 6 dan AJK BKGK.  Tahun ini saya banyak memegang 'portfolio' baru. Saya merupakan Penyelaras Tahun 5, Penyelaras HIP dan Guru Kelas Tahun 5D. Saya juga merupakan Penyelaras Program Perkhemahan Unit-Unit Beruniform di sekolah dan Penyelaras Program Sambutan Hari Raya peringkat sekolah. Rasanya tahun itu agak kelam kabut dan kacau bilau juga dibuatnya.

Pada masa yang sama, masalah keluarga pula melanda. Kami mendapat perkhabaran bahawa adik lelaki saya menghilangkan diri. Dia tidak dapat dihubungi dan nombornya kini juga sudah ditamatkan perkhidmatannya. Adik meninggalkan isteri dan 3 orang anaknya yang masih kecil pada awal tahun 2019. Betul-betul pada hari pertama persekolahan anak sulungnya yang ketika itu masih berumur 7 tahun. Saya, adik-adik dan emak telah turun ke Johor dan pada 19 Jan 2019 telah membantu membuat laporan polis atas kehilangan adik lelaki saya. 

Allahuakhbar, kesedihan yang tidak terhingga dan tidak dapat diungkap dengan kata-kata. Ada ketika saya tidak dapat melelapkan mata, memikirkan ke mana dan mengapa tindakan adik saya sebegitu rupa. Soalan yang saya pasti tidak akan terjawab sehingga kini.

Menitis air mata apabila melihat anak-anak buah saya yang rindukan ayahnya. Tertanya-tanya mereka. Mana Ayah, Ummi?  Bila Ayah hendak balik? Sebagai anak sulung seharusnya tanggungjawab itu serta merta terpikul dibahu saya. Kami adik beradik cuba mencari tetapi sehingga ke saat catatan ini, tidak lagi ketemui. 

Harapan dan doa kami pada Bulan Ramadhan yang penuh berkat ini, moga adik pulang menjenguk isteri dan anak-anaknya di kampung atau emak kami di Nilai. Lepaskanlah rindu anak-anak pada Ayahnya sekurang-kurangnya. Perjelaskan segala rungkaian permasalahan yang melanda. Jangan kelak ditanya olehNya tanggungjawab kita sebagai ketua keluarga. Takutkan Allah, daripada malu pada manusia yang kerdil ini. Pada masa yang sama, saya mendoakan adik saya terlindung dari gangguan sihir dalam segala bentuk. Moga-moga kita semua dilindungi Allah dan kembali bersama. 

Dengan rendah diri, saya mengharapkan doa-doa dari saudara dan saudari juga. Doakan kami sekeluarga ya. Mana tahu ada doa saudara saudari yang termakbul Allah. Aamin, Aamin, Aamiin Ya Rabbal'alamin.

Walaupun dalam kesedihan dan kedukaan, Dia datangkan kegembiraan.  Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Alhamdulillah, Allah kurniakan zuriat yang kedua kepada saya selepas beberapa tahun mencuba. Adam semasa ini sudah berusia 5 tahun. Semasa ini kesihatan saya tidak mengizinkan. Tidak pernah saya cuti sakit selama seminggu berturut-turut, tiba-tiba tahun itu saya mencipta sejarah mengambil cuti sakit sedemikian lamanya. Cuti sakit ini tidak seperti cuti yang saya ambil semasa operation buang lump pada 2012 dahulu. Cuti sakit ini bersambung-sambung kerana darah tinggi saya yang masih tinggi. 

Kemungkinan semasa itu, saya rungsing memikirkan tentang program Sambutan Hari Raya peringkat sekolah. Di tambah pula dengan masalah adik saya yang menghilangkan diri. Kusut juga saya dibuatnya. Saya pula masih di awal-awal pregnancy. Kerana takutkan usia kandungan saya yang masih awal, Doktor meminta saya ke hospital. Tetapi saya berdegil memilih untuk rehat dan rawat di  rumah sahaja. Saya fikirkan sekiranya saya ke hospital, saya akan bertambah stress dibuatnya. Sekurang-kurang apabila berehat di rumah, anak dan suami ada di depan mata.  Itulah yang saya fikirkan ketika itu. Sebenarnya saya memang tidak suka pergi ke hospital, malah ke klinik sekali pun. Saya lebih rela duduk di rumah dan berehat.

2020
Untuk tahun 2020, akan saya kongsikan di halaman yang baru pula. Banyak juga kisah pada tahun 2020. Ada antaranya sudah dibukukan bersama tim Karyawan Guru di bawah bimbingan Puan Sri Diah. Alhamdulillah, there's always a rainbow after the rain. 


Thursday, April 15, 2021

Swab Test


Picture Credit : Kita buat drive thru swab test je 

Hi!

Long time no see, huh?
I thought I have time to write. Apparently, I was busy doing other things. Eating mostly. Gain tons of weight! Feeling like a big whale now. Yelah, waktu PKP. Itulah kerjanya. Sekarang tengah berusaha turunkan berat badan. 

In my first entry of 2021, I promised to share the reasons that I didn't write for a long time, but after giving a long thoughts and consideration, I think I need more time to share about it. Let's not dwell much on this. Hopefully, one day, it will find it's own closure. In shaa Allah, Aamin. 

This post have been my draft for a while. I am busy as always it seems. From one task to another task.

Now, it's holy month of Ramadhan. Fasting. Working. Teaching. And repeating all of that all over again. But today, I thought I want to share my experience for being a close contact with one of positive patient. When we got the news, I was panicked. Never thought in my life, it will happen to us as I didn't go anywhere much. From work, then straight home. Never been to pasar malam, bazaar, shopping mall whatsoever. Dah lama rasanya tak menjejakkan kaki di tempat-tempat ini. 

So, the next day, my husband and son had to take a few days off. Sigh. Adam menangis nak ke sekolah. Nak explain pun tak tahu nak explain macam mana. Cakap je mama tak sihat.

Long story short, I took a swab test today. 
Kita buat drive thru swab test je. Call dulu klinik tu nak buat appointment. Tapi dia kata boleh walk in atau drive thru. Masa pergi tu, tak banyak pun kereta.  Depan klinik ada khemah siap dengan nurse yang berpakaian lengkap PPE. 

Kita bagi IC dan bayar sebanyak RM85 untuk swab test RTK (Antigen). Lepas dah bayar dan ambil details kita. Dia pun datang dengan cotton bud yang panjang tu. Kita dongakkan kepala dan nurse masukkan dalam hidung. Tak selesa sikit. Memang keluar air mata lepas tu. Gatal-gatal hidung sikit je lepas tu. Sekejap saja ketidakselesaan tu. Dalam tempoh 1 - 2 jam kita akan dapat keputusan swab test kita.

Walaupun sudah buat swab test, kita boleh teruskan berpuasa macam biasa. Sebab tak batal pun puasa bila buat swab test. Dalam beberapa jam lepas tu, dapatlah sms beritahu result swab test tadi. Pagi-pagi lagi sebelum swab test dah sms mak doakan supayanya resultnya negative. 

Alhamdulillah, the result is negative. Tapi ada demam dan sakit tekak sikit. Dapatlah MC 2 hari sebab di rumah pun Arissa pun masih tak sihat. 

Jadi, sama-samalah kita jaga SOP supaya rantaian COVID-19 dapat diputuskan. Rasanya lepas ini, tak cukup dengan mask. Kena pakai face shield juga. Huhu.

p/s : Berair mata bila kena swab test. ;(

Saturday, January 2, 2021

The View


Dah sampai tadi. The view was amazing. Angin kuat giler. 

Jambatan Pulau Pinang


Alhamdulillah, dah sampai Bayan Lepas. Sekarang menuju ke hotel. 

Baru Sampai Ipoh


Baru sampai Ipoh. Alahai, I dah bosan. Nasib baik budak kecil seorang tu tengah tidur. Senang hati sikit. Kalau tidak dia tak nak duduk dalam car seat dia, terutama kalau kereta tak bergerak. 

Tengah-tiap menaip ni, ada pula kereta mencelah tiba-tiba. Berderau jantung kejap. Nasib baik husband sempat brek. Dahlah bawa lorong kanan sekali. Allah. 

Ish, mata mana, mata?

First Stop at RnR Dengkil Utara


Masih lagi di Kawasan Rehat Dengkil Utara. Solat, buang apa-apa yang patut, uruskan dua budak kecil dan beli makanan untuk perjalanan. Nasib baik tak ramai orang kat sini. 

Bila nak solat, baru perasan telekung ada dalam suitcase. Jadi pinjam mak punya je. Musim Covid ni, telekung dan sejadah tak disediakan di RnR. Bila jalan-jalan jauh ni lupa pula nak keluarkan beg telekung dari suitcase. Mental note untuk diri sendiri.

Baru nak gerak. Bye

First Entry Of 2021


Happy 2021, everyone!
Miss you all. Dah berhabuk sangat blogku ini. 

Asalnya nak tulis entry before 2021 tapi asyik bertangguh je. Then, bila masuk new year semalam nak tulislah on 1st January. Masa-masa tu jugalah nak buat kerja. Urgent nak kena siapkan.

So, today baru dapat tulis after a long hiatus. Bukannya apa. Ada reason di sebaliknya. Nanti kita story ya. 

Ini pun dalam kereta. Di highway menuju ke Pulau Pinang. Doakan semoga selamat sampai. Dah lama tak jalan jauh-jauh.