Thursday, June 26, 2008

Praktikum Oh Praktikum

Picture Credit : Praktikum

Praktikum minggu depan.

Huhu.
Takut siut.

Terjumpa tip praktikum ini dari Syarliey. Kenapalah tak cari tip ini masa dulu kan? Takperlah, kebetulan dah jumpa tip ini, saya nak share lah dengan readers semua. 


Tip Untuk Praktikum

  • Mula-mula masuk sekolah. Beritahu PK tahun/tahap apa yang anda mahu atau prefer untuk ajar. Bagilah alasan yang munasabah kenapa anda pilih tahap tu.
  • Minggu pertama sekolah. Minta dengan guru pembimbing untuk tak nak mengajar lagi. Bagilah alasan yang anda ingin tengok dia mengajar atau nak menyesuaikan diri dengan sekolah. Tapi, ingat! Ada baik dan buruk kalau tak mengajar minggu pertama ini.
  • Semasa di sekolah. Tak perlulah tunjukkan bakat dan kebolehan yang ada. Nanti ada pula kerja tambahan yang akan diberi. Bukan nak mengelak kerja, tapi bila berpraktikum, ada banyak kerja yang anda kena siapkan seperti RPH, ABM dan lain-lain. Tapi kalau ada cikgu lain minta tolong, tolonglah. Tapi jangan sampai menyeksa diri.
  • Waktu free di sekolah. Fikirkan apa yang nak diajar esok. Plan 3 perkara ini : set induction, group activity and closure
  • Kalau disuruh buat mural, jangan buat awal - awal praktikum. Buat masa akhir - akhir praktikum. Sebab? Kalau mereka berkenan, tak pasal - pasal anda kena buat di dinding yang lain pula.
  • Elakkan tidur semasa di sekolah. Kalau mengantuk, basuh muka atau pergi pekena nescafe ker. Sebab? Supaya anda tak dipandang serong dengan cikgu - cikgu di sekolah. Elakkan daripada buat - buat perkara yang boleh memburukkan imej guru - guru pelatih.
  • Semasa mengajar di sekolah. Anda boleh set a few rules untuk anak murid anda. Salah satunya token ekonomi. Sebelum bagitahu pasal token tu, bagitaulah rules yang yang perlu mereka ikut seperti bagi kerjasama dalam kumpulan, kena siapkan kerja, jangan buat bising dan sebagainya. 
Ini hanyalah saranan dan nasihat jer. Anda boleh ikut atau tidak mengikut kemampuan masing - masing. Terpulang pada masing - masing.
Kalau anda nak tahu lebih detail lagi bolehlah baca kat blog Syarliey. Selamat berpraktikum!

No comments: