Sunday, February 17, 2013

Cara - Cara Mengajar Anak Supaya Solat

Picture CreditIbarat Batang Mancis. 17 batang mancis bersamaan 17 rakaat.

Semasa saya berblogwalking, banyak saya jumpa entri - entri menarik. Salah satunya ialah dari blogger Redskyim. Cerita yang akan saya kongsi ini telah diambil oleh cik Redskyim dari Mohamad Majdan Abdul Ghani di page facebook beliau. Ini kisah bagaimana ayahnya menggunakan psikologi untuk dia sentiasa menjaga solat.

Al - kisah. Ceritanya bermula begini.

Ibarat Batang Mancis

Ilmi ini saya belajar semasa saya berumur 6 tahun. Ayah saya menyuruh saya solat sekiranya ingin jadi manusia. Asuhannya ialah dengan mengunakan batang mancis. 17 batang mancis bersamaan 17 rakaat.

Caranya seperti gambar diatas :
  1. Jika tidak solat subuh buang 2 batang mancis dikepala. Ayah saya cakap kalau subuh saya tidak solat, saya jalan tiada kepala.
  2. Jika tidak solat zohor, buang 4 batang mancis di bahagian lengan. Seolah saya berjalan tiada tangan.
  3. Jika tidak solat asar, buang 4 batang mancis di bahagian dada. Ayah saya cakap saya kalau tidak solat asar jalan tiada dada. 
  4. Jika tidak solat magrib, buang 3 batang mancis di bahagian perut. Jadi jalan tiada perut serupa hantu dah.
  5. Jika tidak solat isyak, buang 4 batang pada kaki. Jalan tiada kaki ibarat cacat anggota.
Kesimpulannya :

Ayah saya cakap kalau saya tidak solat terus menerus maka saya ni bukan lagi manusia. Diri saya tidak sempurna jika tidak mendirikan solat. Contoh maghrib dan subuh. Jadi saya seolah berjalan tiada kepala dan tiada perut. Orang tengok pun akan lari. Jadi, renung-renungkanlah jika solat kita tidak sempurna, maka cacatlah kita ini. 

Wallahualam. Moga dapat manfaat dari kisah ini.

4 comments:

Unknown said...

salam puan,

blh saya share tak citer ni...

Unknown said...

salam puan,

blh saya share tak citer ni

Rabia Sensei said...

Wsalam Syikin FJ

Sila2..saya pun copy dari org lain :)

Syazwani Mohd Noh said...

Salam puan, menarik perkongsian puan. Saya nak share di blog saya..
Mudah-mudahan memberi manfaat kepada org lain