Tuesday, September 11, 2012

Pelan Pembangunan Pendidikan (PPP) 2013-2025 - Siri 2


Laporan awal Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 (PPP) baru sahaja dilancarkan oleh Perdana Menteri kita pagi tadi di Kuala Lumpur Convention Centre.

Laporan awal tersebut bolehlah dimuat turun (download) kat laman web sesawang Kementerian Pelajaran . Boleh klik kat bahagian pemberitahuan, ade diletakkan link kat situ dan di bahagikan ke 4 dokumen - satu ringkasan dan laporan penuh dalam bahasa Malaysia dan English.




PPP menggunakan 11 anjakan utama yang akan dilaksanakan dalam tempoh 13 tahun dan membabitkan 3 fasa atau dipanggil gelombang dalam memastikan anjakan dalam sistem pendidikan negara. Dalam muka surat 22 ada disenaraikan 11 fokus anjakan dalam mentransformasikan sistem.


Menurut Berita Harian,
"Gelombang pertama membabitkan penyediaan Pelan Pembangunan Pendidikan, di mana keperluan guru diberikan penekanan serta pelajar akan diberikan tumpuan dalam pembangunan kemahiran asas mereka.

Bagi gelombang kedua, rancangan pelaksanaannya akan dilakukan berasaskan perkembangan dan pencapaian semasa.

Untuk gelombang ketiga pula, bermula 2020 hingga 2025, kuasa autonomi membabitkan pentadbiran sekolah akan diberikan."

Antara 11 anjakan tersebut adalah :

1.  Menyediakan Kesamarataan Akses Kepada Pendidikan Berkualiti Bertaraf Antarabangsa.
2.  Memastikan Setiap Murid Profisien Dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
3.  Melahirkan Rakyat Malaysia Dengan Penghayatan Nilai.
4.  Tranformasi Keguruan Sebagai Profesion Pilihan.
5.  Memastikan Kepimpinan Berprestasi Tinggi Di tempatkan Setiap Sekolah.
6.  Mengupaya JPN, PPD dan Sekolah Untuk Menyediakan Penyelesaian Khusus Berasaskan Keperluan
7.  Memanfaatkan ICT Bagi Meningkatkan Kualitu Pembelajaran Di Malaysia.
8.  Mentranformasi kebolehupayaan dan Kapasiti Penyampian Kementerian.
9.  Bekerjasama Dengan Ibu Bapa, Komuniti dan Sektor Swasta Secara Meluas.
10. Memaksimumkan Keberhasilan Murid Bagi Setiap Ringgit.
11. Meningkatkan Ketelusan Untuk Akauntabiliti Awam Secara Langsung.

Bolehlah baca huraian dalam setiap anjakan itu, ada diterangkan apa dia dengan lebih mendalam untuk 11 fokus tersebut. Nasib baik ada laporan ringkasan. Itu pon dah dalam 48 muka surat tapi kalau siapa yang larat bolehlah membelek laporan penuh nya dalam 248 muka surat ataupon dapatkan suratkahabar esok :)

Saya kongsikan laporan ringkasan di bawah.
Preliminary Blueprint Summary


Selamat membaca dan berikan pendapat anda untuk anak-anak kita akan datang.

Sumber : Berita Harian, TheStarKementerian Pelajaran

Post terdahulu : Pelan Pembangunan Pendidikan (PPP) 2013-2025


No comments: