Monday, August 9, 2010

Gurindam Untuk Bakal Pengantin

Picture credit : Gambar Pengantin

Baru - baru ini saya baru tahu member lama dah bertunang. Terkejut saya. Walaupun dah lama tak contact tapi saya still mengikut perkembangannya dari Facebook dan rakan - rakan lain. Member saya ni dulu satu bilik ngan saya masa awal - awal masuk UIA Gombak. 

Masa tu duk luar sekejap coz tak cukup bilik. Memang rapat. Roomatelah katakan. Sekatil pulak tu. Buat semua sama - sama. Kemudian bila dah stay dalam kampus, terpisah lah kejap. Saya di Mahallah Aminah dan member saya tu di Mahallah Nusaibah. Course pun dah lain. Saya ambil MIS. Dia pula Economic.

Hujung tahun ni, Insya Allah dia akan melangsungkan perkahwinannya. I'm so happy! Excited pun ada. Dah nak kahwin dah kawan saya ni. Tahniah Lizah!

Kebetulan jumpa Gurindam Pengantin ni kat MajlisImpian.com. Untuk yang bakal pengantin atau yang dah kahwin atau sesiapa pun bolehlah singgah di blog tersebut.

Gurindam Pengantin


Suatu saat paling beerti
Bejabat tangan dengan tok kadi
Walaupun banyak peluh di dahi
Tapi seram sejuk macam orang mati hehehe

Terasa lega lapang dada
Akad nikah pun tak ingat yang ke-berapa
Tapi yang pasti aku sudah bersedia
Menjejakkan kaki ke mahligai bahagia

Ramai saudara datang bertandang
Mengucapkan Tahniah dari pagi ke petang
Gigi dah penat asyik senyum memanjang
Tambahan pula banyak mata yang memandang

Bukan senang jadi Raja Sehari
Kalau tak senyum orang kata sombong diri
Kalau lebih senyum orang kata lupa diri
Yang paling penting jadilah diri sendiri

Ada yang sibuk nak buat majlis besar-besar
Sampaikan duit pun tak tahu berapa yang keluar
Tapi bila tetamu datang dibiar berlegar-legar
Tak tahu nak duduk mana, perut pun lapar

Sebaik-baik amal ikutlah cara Nabi
Bersederhana, jangan membazir ikut suka hati
Jaga adab, jaga aurat, biar berbudi pekerti
Jaga tetamu, jangan ada yang berkecil hati

Majlis Kahwin Majlis Pengantin
Juga untuk keluarga pengantin
Bukan setakat datang makan dan tengok pengantin
Tapi yang penting orang dah tahu kita dah kahwin

Nasihat kepada bakal pengantin
Bersiap sedialah sebelum nak kahwin
Bukan setakat duit, tapi amal juga penting
Supaya hidup berkat, kepala pun tak pening

Hasil karya,
Azri Rasyidi
http://majlisimpian.com/blog

No comments: