Wednesday, July 9, 2008

Jodoh

Picture Credit : Doa Putus Cinta

Renungkanlah sedalam-dalamnya.

Tidak,
Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa-apa kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan.

Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa-doa lewat sembahyang.
Allah mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah.

Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya orang itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula orang yang memandu kereta mewah (walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta ditengah-tengah bandar raya.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya.

Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat disamping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang berkahwin kehidupannya semakin tidak terurus.
Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga.

Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak?
Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing-masing padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah adayang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu. Jika rasa-rasa belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak-anak, carilah dulu kesabaran itu.

Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti tuntutan-tuntutannya.
Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat.

Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia-rahsianya.
Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan.

Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang.

Seorang teman pernah berpesan..

“Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,kemana hilangnya sinar..
Rupa-rupannya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi..”

“Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali.
Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.
Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada.
Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada…”

Taken from: Zuan Raz

8 comments:

zuanraz said...

macam biasa aku baca je.. hehe.. makaseh le sebab meng'link'kan aku dlm ko nye blog.. aku tak reti nak link meng'link ni, maklum la buta iT.. heheh..
nasihat aku, tabahkan hati.. drp menangis mengingatkan kisah silam, titiskanlah airmata bersama doa kepada Allah swt, itu yg terbaik :)
ada hikmah disebaliknya, percayalah..

archemege said...

Akum... Sampai bila tak bersedia? At least kena ada target umur utk kahwin (kalu berkeinginan nak kawin). Dari target tu maka persiapkanlah diri utk menempuh alam perkahwinan!
Mcm SPM dari form 4 kita dah bersiap utk menempuh SPM yg sudah diketahui tarikhnya. Apabila target jelas ditambah dgn usaha, dgn izin-Nya jasad ini akan tergerak utk berusaha dan hasilnya bersedia.
Kalau hanyut tanpa target maka akan terjadi keadaan tak bersedia.Kita hendaklah dlm keadaan sedar dan jelas utk mengejar sesuatu.
Pastikan ia jelas! maka tiada alasan kita tak bersedia.Kegugupan pasti terasa utk menempuhnya tapi dgn keazaman yg tinggi, tempuh dgn yakin.
Kita harus bersdia!

Rabia said...

oklah zuan...
(hehe, x biasanya aku pgl ko zuan).
Thanks atas nasihat tu.

archemege,
kalau aku kata aku dah bersedia, macam mana? (walaupun, aku x tau apa yg perlu dipersediakan lagi)..

masalahnya, bukan persediaan..calon jer yg takder...
macam mana nak kawin kalau takder calon nyer lagi kan? takkan ko nak suruh aku main cekup mana2 lelaki kat luar sana kan? kalau elok takperlah gak. kalau main cekup, ntah mamat mana ntah..penagih dadah ker, perompak ker...huhu..simpang malaikat 44!

yoshz said...

Saya hanya berpegang pada falsafah socrates, bapa falsafah modern.
Katanya, "For God sake, marry! If u get a good wife u'll be happy, if u don't, u'll become a philosopher" mudah kan?

Bagus juga kalau ada target, tapi tak perlu rasa kecewa jika gagal mengejar target.

cakap je lebih, aku pon takder target.

Rabia said...

"For God sake, marry! If u get a good wife u'll be happy, if u don't, u'll become a philosopher"

kawin memang mudah..tapi nak kan satu perkahwinan yang bahagia tu susah sikit kalau kita tak jumpa yg sesuai kut.. tak nak main kawin jer dgn sesaper...tak nak bila dah kawin tu menyesal sebab tersalah pilih...aku tak nak jadi "philosopher" ;p

sekarang ni, tak pernah terpk nak setkan target kut..takut tensen..biar ia dtg sendiri, boleh tak mcm tu? karang nampak mcm terdesak mendesak gitu...kalau ada, adalah..kalau takder, itu sudah ketentuan dariNya..
I'm not saying that I'm giving up ker apa..tapi, aku perempuan doh..takkan lak aku nak terhegeh2 kat lelaki and then say.."hey, I like you. Let's get marry" Lalalala.. Kalau lelaki senanglah cerita...so, I would like it to come naturally...aww, romantiknya...lalalala..berangan tak hingat! huhuhu..

anyway, bagus..bagus...many thanks! I'll keep that in mind.
(eventhough, aku tak suka idea si bapak socrates tu...ahaks)

~lalalala...

archemege said...

HUHUHU xde calon tu maknanya tak cukup persediaan la! Calon tu termasuk dlm persediaan.Rukun nikah:-
1.Suami(bakal)
2.Isteri(bakal)
3.Saksi
4.Wali
5.Akad(ijab&qabul)
Ini MESTI ada!Kalu xde salah satu xpayah cerita persediaan tahap GABAN sekli pon. Kompem TIDAK SAH
Arghhh lupakan zaman dulu2.. sekarang ni tak kira perigi cari timba atau sebaliknya sbb kita dh pkai sistem perpaipan SYABAS (kalu Selangor la)
Cari,cari,usah dan usaha... InsyaAllah akan ketemu dan menjadi isteri salehah!

p/s: aku sokong org yg serius dlm perhubungan iaitu mempercepatkan pernikahan... Semoga cepat kawin. Amin....
http://archemege.wordpress.com

Rabia said...

Amin..

Thanks archemege...

isma ishak said...

aperkate kawin je ngan si archemege tu. hahahaha! sori yek, guro jer. aku pun samer lar.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...