Wednesday, July 9, 2008

Putus Sudah Kasih Sayang

Picture Credit : Putus Cinta

Pedihnya hati hanya Tuhan yang tahu saat hubungan kasih dan sayang terputus di tengah jalan. Ditambah pula dengan permintaan dari si dia, bukannya kehendak kita sendiri. Pasti berbagai-bagai persoalan bermain di minda.. 

Jahatkah aku? 
Burukkah aku? 
Tidak cukup sempurnakah aku? 

Semua itu pasti bermain di fikiran kita. Bak kata pepatah, “berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul”. Itu tidak dapt dinafikan. Sesungguhnya hanya orang yang benar-benar mengalami liku ini akan merasa sakitnya ditinggalkan. Tetapi mungkin dalam aspek yang lain, orang yang meninggalkan juga merasa sakitnya tanpa kita sedari.

Bukan senang untuk mencipta suatu hubungan yang mampu bertahan lama. Lebih perit lagi bila Cinta Pertama tidak seindah yang dibayangkan. Di kala ini, pasti akan terjadi sesuatu yang buruk sekiranya tidak mempunyai pegangan agama yang kuat.

Walaupun perit untuk menerima hakikat, tetapi itulah yang perlu dilakukan bila kasih terputus di tengah jalan. Hidup harus diteruskan tanpa insan istimewa di sisi.

Kita semua harus sedar bahawa sekiranya kita kehilangan cinta, jangan sesekali memikirkan bahawa kita tidak mempunyai sesiapa lagi. Sesungguhnya, anda harus lebih menghargai orang sekeliling anda yang sentiasa menyayangi anda.

Di sini saya maksudkan ialah keluarga dan kawan-kawan. Percayalah, bahawasanya biarpun seperit mana kecewa yang kita alami, perit lagi mereka yangmenyayangi kita melihat kita sengsara. Kita juga harus sedar bahawa Allah mencipta ujian buat kita kerana Dia telah mencipta sesuatuyang lebih baik untuk kita.

Usah dibiarkan perasaan benci dan dendam menyelubungi hidup kita. Saya percaya, dalam pelbagai ragam manusia, pasti ada yang menaruh dendam terutamanya lelaki apabila kekasihnya meninggalkannya. Disini mulalah perasaaan sayang bertukar menjadi benci sehingga sanggup menjatuhkan maruah bekas kekasihnya.

Perlukah ini semua berlaku? 
Kenapa harus ada dendam? 

Sesungguhnya kita semua harus percaya dengan Qadak dan Qadar. Semua yang berlaku pasti ada hikmahnya. Jangan menyalahkan diri sendiri apabila kasih sudah terputus dan jangan sesekali berfikiran positif. Sebaiknya, ambil langkah untuk memperbaiki diri dan percayalah, ada cinta dan insan yang lebih baik menanti anda. Usah terus kesal dengan hubungan yangterputus, tetapi redhalah dengan setiap yang berlaku.

“Cinta di Depan Mata tidak semestinya kekal untuk selamanya”

Taken from: Zuan Raz

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...