Wednesday, February 17, 2010

Ubi Kayu Rebus


 
Taken from: Realtravel.com

Seronoknya kalau dapat bercuti ke Pulau Langkawi kan? Baru - baru ini, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak bercuti di sana. 

Setelah selama satu jam mendengar masalah penduduk kampung di perkampungan nelayan tersebut, beliau kemudiannya mengumumkan peruntukan RM7 juta untuk pembinaan sebuah pangkalan nelayan baru Kuala Chenang bagi kemudahan para nelayan di situ.

Di perkampungan nelayan tersebut juga, Perdana Menteri dihidangkan dengan ubi kayu rebus dicicah kelapa parut dan sambal tumis ikan bilis serta dadih susu kerbau. Terliur jap saya dibuatnya. 

Tiba - tiba, saya terfikir untuk mencari resepi Ubi Kayu Rebus ni. hehehe. Mari ibu - ibu sekalian, kita pi 'berasapkan dapur' masing-masing. hehehehe.

Ubi Kayu Rebus 

Bahan-bahan ( seisi keluarga )
  • 1 kg Ubi kayu
  • Secubit garam
  • 1/2 biji Kelapa parut
  • 3 sudu besar gula merah

Cara-cara

  1. Buang kulit ubi kayu.
  2. Rebus ubi kayu hingga empuk bersama secubit garam.
  3. Angkat dan toskan dan boleh hidangkan semasa panas.
  4. Gaulkan kelapa parut dan gula merah dan hidangkan bersama ubi tadi.
  5. Boleh juga dimakan bersama sambal tumis dan juga ikan gelama masin.


Tapi kalau ibu - ibu semua tak sempat dan takder masa, bolehlah ke gerai - gerai yang ada jual ubi rebus. (Ada satu tempat berdepan dengan Bangsar Village). hehehe  

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...