Monday, May 24, 2010

Mandi Songsang? Biar Benar!

 (Source)

Pernah dengar pasal mandi songsang? Saya pun baru baru first time dengar. Tadi baru baca entry dari Cik Hawa. Dia menceritakan tentang kebaikan mandi songsang. Can you guess? Macam mana mandi songsang ni? 

Agak-agaknya macam ni ker? 

Standing upside down? Kepala di bawah, kaki di atas? Kalau macam inilah mandi songsang, alamaknya 2 jam kat bilik air pun tak habis mandi lagi. Hehehe

Oklah, sebenarnya mandi songsang adalah amalan membasahkan tubuh badan bermula dari kaki dan beransur-ansur membasahi bahagian atas badan kemudian diakhir dengan kepala. (kecuali mandi hadas besar di mulakan dari siraman di kepala.)

Kebaikan Mandi Songsang
  • Menjadikan pengamalnya awet muda dan fresh.
  • Mengembangkan salur darah otak- menjadikan sistem darah di bahagian otak jadi bertambah baik untuk berfungsi.
  • Menjadikan sistem pertahanan badan akan bertambah baik fungsinya seterusnya menjana sistem hormon badan dengan lebih hebat untuk tahap kesihatan yang maksimum.
  • Mengurangkan tekanan (Stress) yang telah dihasilkan oleh otak.
  • Melancarkan perjalanan darah.
  • Menjadikan pengamal semakin pintar
  • Meninggikan daya ingatan
  • Mengelakkan atau Mengurangkan sakit kepala
  • Menjadikan state mood yang tenang dan ceria
  • Menjadikan jiwa sentiasa bersemangat
  • Memiliki daya ketahanan mental
  • Menambahkan semangat berani
  • Menguatkan gusi dan gigi

Apa akan berlaku bila mandi bermula pada bahagian kepala pula?

Dengan mandi bermula pada bahagian kepala, ia akan memberikan kesan buruk kepada otak dan seterusnya akan memberikan kesan yang buruk pada kesihatan diri. Sistem saraf pendarahan otak akan mengecut kerana siraman air tersebut. Ini akan membuatkan sistem otak akan terjejas. 

Cara mandi biasa akan menyebabkan sistem pertahanan badan akan menjadi lemah. Seluruh sistem hormon dan kimia badan adalah diatur dan disettingkan di dalam kepala, maka cara mandi biasa lebih banyak akan memberikan kesan yang buruk kepada sistem pertahanan badan.

10 comments:

Nur Hawa Mohd Zin said...

suke gmbr tu...tq Rabia..sharing is caring....

Sharinginfoz said...

macam2 jenis mandi pulak ada kan

Kaitan Jumlah Entry and Pelawat

Solehah said...

tq share info ni.

::aMaD:: said...

ouh iyeke?tak tau lak pasai ni. selalunye mandi kepale dulu..hum. ape2 pun thanks 4 da info. boleh amalkan. insyAllah. =D

Alynn Notnot said...

seriously thanks for the info! baru tau psl kebaikan2 ni :D

bspotgurl said...

good info for sharing :) thanks yea
p/s: salam kenalan & jgn lupa follow bspotgurl yea

ohmywtf said...

wow..kena try ni :-) thanks!

shaa bonitaa said...

wahh menariknya! nk stat mandi songsang la pasni...heee~~

one_are said...

betul2.. selalu dengar nasihat/petua ni tapi baru tau ia dipanggil mandi songsang.

Kancilbiru said...

eh ada kebaikan ke? mmg selalu mandi mula kat bawah dulu...gila sejuk nk jirus kena tutttttttt...hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...