Saturday, May 15, 2010

Petua Ubat Sakit Tekak



Sebentar tadi terjaga dari tidur sebab tekak rasa perit yang amat sangat. Lansung tak boleh tidur balik. Terus bangun dan masak air serta open internet.

Sambil minum air bergelas - gelas, terus menggooggle 'Petua Ubat Sakit Tekak'. Banyak betul petua - petua yang dijumpa, tapi semua bahan - bahan yang dikehendaki semua takder. (Biasalah rumah bujang. Huhuhu). Nampaknya nanti kenalah pergi klinik. Sebab terlalu sakit sangat sampaikan nak telan air lur pun rasa sakit.


Jadi ini adalah antara petuanya.


Air Garam Ubat Sakit Tekak

Jika tekak anda berasa perit dan tidak selesa, kerana cuaca terlalu panas, anda bolehlah berkumur dengan air garam sebanyak dua kali sehari.Caranya:Ambil tiga sudu garam, bancuh dengan setengah gelas air sejuk, setelah itu berkumurlah sehingga air itu habis. Lakukan setiap hari sehingga anda berasa lega.


p/s: Tidak cuba sebab tak nak guna garam. Hehehe


Mengurangkan Rasa Sakit Tekak

Ambil sesudu kicap kemudian dicampur sedikit limau kasturi, baca selawat 3 kali dan minum.


p/s: Limau kasturi pulak takder. Huhuhu


Sakit Tekak Di Waktu Pagi

Sakit tekak sewaktu bangun pagi? Terus ke bilik air dan tepukkan air sejuk di tengkuk anda. Hilangkan atau elakkan sakit tekak dengan meminum air tomato seminggu 3 kali. Sakit atau perit tekak akan hilang.

p/s: Takder tomato. Huhuhu


So, kesimpulannya. Saya pun minumlah air bergelen - gelen. Bagus jugak untuk penghadaman. Erkkk ~ Jap! Nak ke tandas!


8 comments :

Sharinginfoz said...

yang kicap tu not bad juga.. anyway saya sekarang tengah godek2 komputer ni sakit tekak juga...

Apa Anda Rasa Bila Tulis Blog?

Nur Hawa Mohd Zin said...

info menarik...biasa tau minum air asam jwa jerk..hehe..tq ya

kitatauke said...

bagus maklumat ni

Rabia Sensei said...

mr sharing, sekarang musim sakit tekak ni.

Rabia Sensei said...

hawa, welcome

Rabia Sensei said...

kitatauke, thanks

nienie_noenoe.blogspot.com said...

tq YARKK!! SAYA akan mencuba...cozzz tekak sakitt gilerrr cozz makan ais cream banyak kut...hihihi

Eyla Light said...

tension bile saket tekak mnyerang..arghh..!mesty badmood je spnjang hari..hhu!T.thanks 4 sharing...dah cube yg garam tu..pergh!niat nak kumur ke anak tekak...sekalii tetelann daa..wekkk..!ngeee~tapi.betterla.
.hurmm..minum madu+lemon pun kayy gak..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...