Thursday, July 29, 2010

Cuci The Musical 2


Picture Credit : Cuci The Musical 2

Cuci The Musical 2 was d' boom! Lawak giler! Semalam first time saya tengok teater, terus jatuh cinta. Seronoknya dapat tengok artis dan dengar live performance dia org! Semalam merupakan persembahan kali kedua. Cuci Musical 2 start 27hb Ogos - 10 Ogos 2010.

So, pada pukul 8.30pm kami dah berada di Istana Budaya. Nama jer duduk KL, tapi itulah first time ke sana. Hahaha! Semua ada kat sana. lengkap dengan surau, cafe, kedai cenderamata. Bila sampai kat sana, nampak semua orang pakai macam nak pergi kenduri kahwin pulak. Takder yang pakai cikai2 macam saya ni. Aduyai! Sebelum tu memang saya dah check dress code. Tapi tak sangka pulak semua yang datang dressing mengalahkan nak pergi kenduri kahwin kat hotel 5 bintang. Hehe!

Anyway, saya ngan Teddy beli tiket harga RM33 saja. Duduk bahagian atas sekali. Huussh, gayat saya dibuatnya! Tinggi tau! Mula2 sebelum start persembahan dia orang, kena nyanyi lagu Negaraku. Then, adalah pesanan penaja semua. Kemudian barulah start persembahan dia orang. Memang bestlah! Serius cakap. Memang berbaloi - baloi. Rasa macam nak tengok lagi. Lalala~





Synopsis:

Cuci The Musical 2
berkisahkan tentang empat orang beradik, Fairil (Afdlin Shauki), Khai (Hans Isaac), Jojo (Awie) dan C' Tan (Nabil) yang menjalankan sebuah perniagaan 'Cuci-Cuci Services' sebuah syarikat kecil yang mengendalikan perkhidmatan mencuci tingkap - dengan harapan agar satu hari syarikat mereka menjadi antara yang terbaik dan diberi peluang untuk memberi perkhidmatan kepada Menara Berkembar Petronas, KLCC. Lalui suka duka, tawa dan tangisan, cinta dan kesedihan perjalanan empat beradik ini.untuk mencapai impian mereka.

Suara Jacyln Victor memang powerlah bila dia menyanyi. Lawak si Nabil, Afdlin, Awie dan Hans memang best. Siap ada interaksi dengan penonton. Macam penonton pun ada bahagian dalam lakonan mereka. Harith Iskandar pun not bad. Suara bapa Vanida, lakonan Rehman Rashid sangat kelas gitu. Memang sesuailah pangkat Tan Sri. Ada gaya. Walaupun saya duduk jauh di atas, Varnida nampak sangat cantik. Penyanti rappers pun best gak! Overall, memang 5 stars bagi kat team - Cuci Musical 2.

Sesiapa yang tak pergi lagi. Pergilah tengok. Tiket yang paling murah RM 33 jer. Lepas persembahan muzikal tu. bolehlah beramah mesra dengan pelakon - pelakon Cuci Musical 2.


2 comments:

Mohd Fadil said...

ingat nak g tengok juga sabtu atau ahad nih...tq for review...

Rabia Sensei said...

Mohd Fadil, tgk jgn tak tgk..best woo!