Friday, July 16, 2010

Sabarlah Kak


 Picture credit: Pilu. Ibu mangsa (kiri) ditenangkan ahli keluarga.

Ingat lagi tak kisah bayi lelaki berusia 8 bulan yang meninggal dunia di percayai didera? Nama bayi itu Mohd Rayyan Afzanizam. Meninggal 16 May, 2010 yang lepas. Boleh baca kisah nyer di Hmetro

Sebenarnya tengah hari tadi selepas sekolah, saya dan rakan sekerja pergi menjamu di selera di Food Court Carrefour Bandar Tun Hussein Onn. Selepas makan, kiterorang singgah di sebuah kedai yang menjual ubat - ubat tradisional Melayu. Bila time nak membayar, kakak di kaunter sedang sibuk memujuk seseorang di telefon bimbitnya. Selepas habis bercakap di telefon. Kakak tu minta maaf sebab dia kata adiknya baru kehilangan anak lelakinya. Dahlah anak pertama. Baru lapan bulan usianya. 

Dia pun ceritalah kisah yang tersiar di Harian Metro 2 bulan lepas merupakan kisah sedih adiknya. Kakak tu siap tunjuk gambar anak adiknya tu - Mohd Rayyan Afzanizam. Comey sungguh. Akak tu ceritalah yang adiknya mengalami kemurungan. Kadang - kadang terbayang dan terdengar suara anaknya memanggil 'Mama'. Terdengar bunyi anaknya merangkak. Tapi sekarang dah oklah sikit. Kesian sungguh. Tak dapat saya bayangkan kesedihan seorang ibu dan bapa yang kehilangan anaknya yang baru berusia 8 bulan saja. Masa akak kedai tu cerita, bergenang jer matanya. Bayangkanlah, hantar anak kat pengasuh sebelum pergi kerja. Masa tu anak sihat walafiat, ceria semua. Bila nak ambik anak untuk dibawa pulang, mestilah kita dah tak sabar - sabar nak peluk cium dan nak tengok senyuman anak kita tu. Bila sampai, anak dah tak bernyawa lagi. Kesiannya. Saya harap kakak tu dapat kuatkan semangat. Berdoa pada Allah selalu. Allah Maha Mendengar.

Moga roh Mohd Rayyan Afzanizam aman di sana. Al-Fatihah.

7 comments:

Kie-yu said...

sedeynye!
al-fatihah utk adek rayyan
semoga ibunya kuat dlm menghadapi dugaan ni
amin..

bARdbOO said...

sedihnye..mesti susah nak lupakan..smoga akak tu tetap tabah..

akuzle ayu said...

al-fatihah... sy pon x dpt nk bygkan situasi ibu itu... mmg rs down sungguh tuh.... tp, aper tindakan kt nanny dier tuh eks?

Rabia Sensei said...

Kie-yu, Amin. Moga ibu Rayyan tabah.

Rabia Sensei said...

bARdbOO, betul. harapnya begitulah.

Rabia Sensei said...

akuzle, yg saya tahu..nanny tu ditahan. tapi setiap kali disoal siasat..dia tetap cakap dia tak bersalah. dia bgtahu yg dia tak buat apa2 kat budak tu. ntahlah, sebenarnya bukan mak rayyan pun yg buat report. tapi doktor yg bedah siasat. sebab ada darah beku kat kepala dan lebam2 kat bdn.

Anonymous said...

Saya google nama baby ni, tu yang sampai ke blog ni. Actually saya neighbour pengasuh tu (same apartment block). Saya pernah pergi rumah pengasuh ni nak hantar baby saya, tapi ntah camna.. hati cam rasa tak sedap aje sebab pengasuh ni ada bela kucing & tidurkan baby dalam buai sedangkan saya mmg taknak baby tido buai.. So tak jadi hantar. Tak lama lepas tu, dengar pulak kisah pengasuh ni ditahan pasal kes dera baby. Terkejut betul. baru2 ni saya terserempak dgn pengasuh tu.. maknanya tak cukup buktilah kot untuk sabitkan dia dgn kes dera. Wallahualam.. tak tahu apa sebenarnya yang berlaku.