Sunday, December 19, 2010

Tak Boleh Blah


Picture Credit : You Are Exceedingly Annoying!

Saya selalu dengar perkataan 'tak boleh blah', bila saya menyewa kat Putrajaya. Ex-housemate saya sering menggunakan perkataan 'tak boleh blah' setiap kali nak bercakap. At first, saya ingatkan ada makanan atau buah - buahan yang tak boleh belah. (Haha!) Lama - lama saya buat - buat faham sendiri perkataan 'tak boleh blah'.

Jumaat yang lepas, saya tetiba teringatkan perkataan 'tak boleh blah' ini; setelah sekian lama tak dengar sesiapa ucapkan perkataan tu. Saya teringat sebab masa tu saya boleh terlupa yang hari tu hari Jumaat. Nasib baik tak kena sembahyang Jumaat. Kalau tak, mesti dah terlepas. Sibuk jadi suri rumah, buatkan saya terlupa semua benda. Terdetik di hati saya : Tak boleh blah, betul! Pada masa yang sama, saya terfikir : Betul ker ayat aku ini? Macam tak kena jer.

Saya, bila tak tahu, saya suka cari di Internet : Pakcik Google. Boleh tak? Everything google. Google everything. Tak boleh blah! See, see, see what I mean. Perkataan ini dah stuck kat kepala saya. Oklah, hasil dari carian, menurut Shadni, 'Tak boleh blah' mean an expression of annoyance.

Pendek kata, entry hari ini tak boleh blah betul!


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...