Monday, May 28, 2012

Sultan Johor Pembida Tertinggi WWW1


Dari Bharian

KUALA LUMPUR: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) hari ini menyenaraikan nombor pendaftaran kenderaan yang paling mahal dalam sejarah Malaysia, WWW1 adalah milik Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dengan rekod harga RM520,000.

Turut tersenarai dalam senarai pembida yang berjaya membeli nombor plat premium adalah Yang di Pertuan Agong bagi nombor pendaftaran 'WWW5' pada harga RM220,000.
Harga tawaran untuk 'WWW1' memecahkan rekod 'MCA1' yang dijual pada 2010 dengan harga RM300,100.

Petikan dari Akak

  PETALING JAYA – Sultan Johor telah memenangi bidaan dalam merebut nombor plat kenderaan “WWW 1”, dengan tawaran tertinggi sebanyak RM520,000.

Sultan Ibrahim Ismail Sultan Iskandar mendahului 9,999 pembida lain termasuk Yang di-Pertuan Agong, yang memenangi nombor plat WWW 5dan Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai, memenangi nombor plat WWW 15.
Keputusan bidaan boleh didapati di laman web Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
 
Pada Khamis, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha mengumumkan nombor pendaftaran kenderaan WWW 1 telah mencatatkan tawaran bidaan tertinggi sehingga kini.

Nilai ini melepasi rekod yang dicatatkan MCA 1 pada tahun 2010 yang telah dijual pada harga RM300,100.
 

Bidaan terhadap nombor pendaftaran dikehendaki ramai ini bermula pada 30 April dan berakhir pada 14 Mei.

Dalam tempoh tersebut, beribu-ribu membanjiri tiga cawangan JPJ Kuala Lumpur untuk meletakkan tawaran mereka untuk awalan WWW yang merupakan singkatan bagi World Wide Web
.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...