Wednesday, February 27, 2013

Movie : Flight

Picture Credit : Flight

Filem ini berkisar kepada apa yang berlaku selepas terjadi satu kemalangan kapal terbang yang dibawa oleh pelakon Denzel Washington. Juruterbang berjaya menyelamatkan hampir kesemua penumpang (lebih daripada 100 penumpang). Yang menjadikan kemalangan ini mendapat perhatian ramai ialah bagaimana juruterbang dengan yakin dan tenang mengawal dan seterusnya menyelamatkan nyawa penumpang dan krew kapal.

Namun disebalik juruterbang boleh dianggap wira kerana menyelamatkan ramai nyawa, siasatan yang dilakukan pihak berwajib didapati juruterbang dan seorang pramugari mengandungi kadar alkohol yang tinggi dalam darah semasa bertugas. Lalu menjadikan babak menutup kesalahan (dengan bantuan kesatuan sekerja) dan mencari punca kesalahan bagi yang mati dari nahas tersebut.


Trailer : Flight 
All copyrights reserved to original creator. No copyright infringement intended  

Cara juruterbang menyelamatkan kapal dengan terbang secara balik merupakan babak menarik di awal permulaan cerita ini. Seterusnya, cerita banyak berkisar kepada menutup kesalahan yang dilakukan juruterbang dan mengatasi masalah ketagihannya sebagai kaki botol. Beliau bergelut dengan masalah itu walaupon disuruh berhenti dan tidak mengulanginya lagi.

Bagi mereka yang mencari apa lagi selepas aksi kapal terbang terjunam akan kecewa kerana babak seterusnya lebih kepada mengatasi kelemahan diri dan mencari kekuatan untuk keluar dari belenggu ketagihan alkohol yang dialaminya. Mungkin ada yang terasa bosan apabila menonton cerita ini.

Di akhir cerita, beliau telah membuat satu keputusan nekad untuk membaiki dirinya. Lakonan Denzel Washington dalam cerita ini begitu berkesan.

Selamat menonton.

1 comment:

ashadin said...

menang anugerah Oscar kan filem ni? huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...