Tuesday, May 14, 2013

Movie : Oblivion

Picture Credit : Oblivion

Filem yang berlatarbelakang sains fiksyen di mana bumi di masa ini telah berubah sama sekali akibat peperangan dengan makhluk asing.  Di awal cerita di bagitahu, bahawa manusia telah menang perang dan manusia yang tinggal telah berpindah dan memulakan satu koloni baru di Titan ( tidak pasti planet mana atau bulan planet mana). Makhluk asing yang dipanggil Scavengers telah membelah bulan dan mangakibatkan bumi dilanda kemusnahan akibat tiada graviti bulan, berlakunya tsunami dan gempa bumi.

Watak hero lakonan Tom Cruise ditugaskan sebagai mekanik dron bagi membaiki kerosakan dron yang mengawal dan memerhati sekitar kawasan yang menjadi jagaannya. Dron ini ditugaskan untuk mengawal menara ( nampaknya Titan perlukan kuasa, menara ini menukar air laut kepada fusion power dan dibekalkan kepada mereka) dari serangan Scavengers yang tinggal. Tom Cruise (Jack Harper) bersama rakannya yang juga kekasih hati bersama-sama membaiki dan meyelia operasi dron.


Trailer : Oblivion
All copyrights reserved to original creator. No copyright infringement intended
 
Kemudian dalam rutin biasa yang mereka lakukan, satu kapal angkasa terhempas. Jack harper pergi menyiasat dan terkejut mendapati kapal yang jatuh merupakan angkasawan manusia yang Jack slalu bermimpi dalam tidurnya. Kejadian ini menjadikan Jack perasan ingin tahu dan terbongkarlah satu persatu kebenaran yang selama ini dirahsiakan. Sebelum kejadian kapal terhempas, Jack dan pasangan melalui proses di mana memori mereka dipadam selepas perang dan Jack selalu ingin mengetahui masa silamnya.

Filem ini menarik untuk ditonton bukan sahaja disebabkan ia bercorak sains fiksyen dengan gajet2 canggih dan bagai tetapi dalam perjalanan cerita. Satu persatu ada sahaja perkara baru, bila kita ingat sudah habis, ada lagi disajikan kepada kita. Dekat pengakhiran cerita ada  satu rahsia besar yang mengejutkan. Apa dia? baik pergi menontonnya :)

Selamat menonton.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...