Wednesday, September 18, 2013

Movie : Riddick

Picture Credit : Riddick

Nampaknya, Vin Diesel kembali sebagai Riddick dalam filem terbaru siri Riddick ini. Di awal cerita memaparkan Riddick terbaring cedera di padang pasir di sebuah planet dan berusaha menyelamatkan diri dari serangan haiwan buas. Rasanya dalam setengah jam banyak aksi adegan Riddick melawan dan meneyelamatkan diri daripada haiwan buas (ala-ala haiwan hyena dan kala jengking gergasi). Masa ini tertanya apa jadi dengan penghujung siri filem yang kedua yang mana Riddick menjadi Lord Marshall (Ketua satu puak - Necromonger).

Rupanya, Riddick telah disingkirkan oleh orang kanannya sendiri lalu terdampar dan tinggalkan di planet ini. Dalam bahagian pertama, Riddick mula memulihkan diri dan membina kembali kekuatan yang sama ini digeruni oleh pihak lawan. Dalam usahanya itu, beliau melawan haiwan ala kala jengking (ada racun berbisa) untuk melepasi ke sebarang kawasan. Tidak pasti pula kenapa perlu juga lalu kawasan ini (yang ada haiwan beracun). Dalam cubaan beliau menyeberang dan melawan dengan haiwan berbisa ini, dia membela anak hyena yang kemudian menjadi teman dia di planet tersebut.


 Riddick : Trailer 
All copyrights reserved to original creator. No copyright infringement intended
 
Bahagian kedua dalam cerita ini barulah ada manusia lain :) Planet tersebut akan dilanda ribut hujan dan akan membawa bersama semua haiwan ke kawasan sebelah Riddick tinggal. Riddick telah jumpa satu stesen lama yang mana para pemburu upahan datang untuk memburu haiwan di planet itu. Dia pun menghidupkan siaran kecemasan yang mana memberitahu semua pemburu upahan (Bounty hunter) yang Riddick berada di planet ini. Lalu datangnya 2 kumpulan untuk mendapatkan ganjaran bagi membunuh Riddick. Di sinilah bermula aksi menjejak antar pemburu dan diburu atau sebaliknya.

Filem ini membawa kembali watak Riddick yang sebenar iaitu seorang yang berbahaya dan berkeyakinan tinggi bagi menumpaskan musuhnya. Secara keseluruhan, aksinya tidaklah banyak kecuali berlawan dengan haiwan beracun. Cuma di akhir-akhir cerita fokus beralih kepada usaha menyelamatkan diri daripada serangan haiwan tersebut.  Mungkin akan ada sambungannya kerana Riddick belum lagi membalas jasa orang yang mengkhianatinya.

Selamat menonton.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...