Wednesday, June 11, 2014

Mi Power Bank - Yay!

Nampaknya Xiaomi meneruskan jualan bagi pusingan yang keempat dengan tambahan sebanyak 10 ribu unit berbanding sebelumnya. Kali ini dengan pengenalan power bank berkapasiti 5200mAh sebanyak 5000 unit di jual pada 10 June 2014.


Seperti biasa sambutan hangat dari pengguna dengan semua unit habis dalam masa kurang dari 7 minit. Setelah mencuba beberapa kali sebelum ini, alhamdulilah, saya berjaya kali ini untuk mendapatkan power bank hehehe hehehe - nak poyo sekejap :)

Berbekalkan dengan lesson learned sebelum ini. Kali ini persiapan lebih awal dilakukan dengan sign in sebelum waktu pukul 12 dan simpan semua maklumat seperti nama, alamat, no telefon, nombor kad kredit dan sebagainya dalam notepad. Supaya dapat menjimatkan masa dengan copy dan paste aja.



Apabila status bertukar dari "Out of Stock" ke "Buy" menyala, terus tekan butang Buy - keluar pulak mesej di atas "You are in line". Terpaksa refresh banyak kali baru dapat pergi ke page pesanan barang. Pilih 2 (hanya maksimum dua aje dibenarkan dan kalau kurang 70 ringgit - kena cas penghantaran).

Tekan butang checkout dan masukkan maklumat peribadi serta alamat penghantaran. Seterusnya, pastikan semua maklumat betul dan tekan butang bayar. Hanya ada satu pilihan aja - bayar melalui Paypal. Apabila pergi next page, ada pilihan untuk bayar melalui akaun paypal atau kad kredit. Pilih pilihan kad kredit dan copy/paste dari notepad.

Akhirnya keluar muka arnab macam kat bawah ini. Berjaya yay!!





Selamat mencuba!

Sumber :
Xiaomi website
Xiaomi Faccebook






No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...