Monday, August 23, 2010

Cuti Ker?


Picture credit : Haaa, tak posa yer!

Aduh, penatnya hari ni. Sebab pagi tadi hanya sempat minum air saja. Terlambat bangun sahur. Balik sekolah tadi, terus tidur sampailah sekarang. Ish..ish.. Ni cek baru bangun lah ni.

Ni nak share, beberapa hari yang lepas. Cek tak posa. Biasalah, orang perempuan. Jangan dok habaq kat sapa-sapa na, cek malu sebenarnya. Tapi cek nak cerita satu kes pasal posa ni. 

Pada hari - hari yang tak posa tu. Cek lepas sekolah mesti pergi kedai Speedmart 99 beli air botol dan beli rotilah. Biasanya kalau bukan bulan posa, cek memang pergi beli air bungkus kat kedai mamak sebelah Speedmart 99 tu. Tapi sebab posa, takkan nak pi beli kan? So, buat - buatlah beli air botol di tengahari. Konon - konon balik karang simpan dalam peti ais. (Padahal, cek takde peti ais) 

Bila kat kaunter tu, adalah mamat yang memang selalu duk sembang ngan cek selalu. Dia memang tau cek ni mengajar kat sekolah rendah cino. 

Tiba - tiba dia tanya, "Cuti ker kak?"

Cek dengan selamba, buat - buat tak faham, "Eh, mana ada cuti? Kan sekolah lagi ni. Lambat lagi cuti". 

Dan cek pun cover - cover malu terus blah. Dalam hati, "Dia tanya aku pasal 'cuti' tu ker atau dia tanya pasal cuti sekolah yer?"

p/s : Keesokkannya, cek pergi beli lagi air kat Speedmart 99 tu lagi.

2 comments:

eelobor said...

nak ngayat tu kut...

Nur Hawa Mohd Zin said...

comelnye kucing...
heheh...hahaha..dah tau wat2 tanya plak kan...kite cuti berlesen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...