Thursday, August 12, 2010

Jom Tengok Epilog Syurga Cinta


Picture credit : Epilog Syurga Cinta

Sekarang ni petang - petang sebelum nak tunggu berbuka puasa, saya mengikuti cerita baru kat TV3. Cerita Epilog Syurga Cinta ni start pukul 6.30 petang. Sedih dan sebak tengok episod semalam. Masa cikgu Siti Syuhadah (lakonan Fida Gadis Pantene) pergi kenduri kahwin bekas tunang. Rupa-rupanya kawan dia sendiri kahwin dengan bekas tunangnya tu. Kesimpulannya, janganlah pergi kenduri kahwin ex kalau tak kuat. Karang ada pulak scene menangis kat situ. Pengantin pun karang serba salah pulak.

Aduyai. Paham sangat perasaan tu. Teringat tahun lepas, Ex saya pernah jemput saya ke kenduri kahwin dia, tapi saya tolak dengan baik dan wish dia semoga berbahagia selalu dengan wifenya. Harapan saya begitulah sebab saya pun mengharapkan dia mendoakan kebahagiaan saya. Hehe. Ecehh..berdrama sentimental pulak kita yerk?

Picture credit : Adik Mia Sara Nasuha

Oklah, adik yang comel lote ni lah Mia Sara Nasuha. Dikenali selepas cerita Adamaya kat TV3 dulu.
Picture credit : Zizan Nin yang dah tak solo lagi

Ini pula pelakon utamanya, hero dalam cerita ni iaitu Zizan Nin. Dalam cerita ni jadi lelaki Romeo.
Picture credit : Fida si Gadis Pantene seiras Dato Siti Nurhaliza

Gadis yang ayu lagi comel ni ialah heroin dalam cerita ni. Seorang cikgu tadika. (Eh, samalah kita. Tapi saya cikgu sekolah rendah). Namanya Rafidah Binti Ibrahim atau Fida Si Gadis Pantene.



Ini pula OST Epilog Syurga Cinta.

Tersepit di antara dua cinta,
Kau pun berikan aku satu harapan,
Kini kau menghancurkan segalanya
Dia antara kita
Ya tuhanku, teguhkanlah rasa cinta padamu,
Ya tuhanku pinjamkan aku,
Kekuatanmu,
Ku memohon padamu.

Sumber : nurizspace

3 comments:

laskar rainbow said...

jom singgah myblog;)

Nur Hawa Mohd Zin said...

sangt best cerita ni..awe belum miss lagi

yu @ nurnie said...

japp... apa kaitan si intan ladyana ada dalam citer tu?? tak paham fungsi dia dalam drama tu...