Tuesday, August 24, 2010

My Selangor Story - Blog Competition 2010

Picture credit : ITYM juga dijemput untuk menjadi rakan kongsi program ini

Sumber dari Cikgu Dahlia

Seramai 30 orang blogger yang terpilih dari tiga buah negara iaitu Malaysia, Singapore dan Indonesia selepas LULUS peringkat saringan akan dibawa melawat negeri Selangor untuk merasai pengalaman sendiri berada di Selangor dan seterusnya berkongsi pengalaman peribadi mereka di dalam blog mereka sendiri. Penulisan mereka akan dinilai dari segi kerelevanan dan kekreatifan mereka mempersembahkan pengalaman peribadi semasa melawat Selangor, tahap populariti blog berdasarkan aliran trafik ke blog serta komen yang diterima, artikel yang menghiburkan pembaca, serta kualiti audiovisual yang disertakan.
 
Syarat Penyertaan
1. Menetap di Malaysia, Singapore dan Indonesia
2. Mempunyai sebuah blog personal yang aktif.
3. Berkemahiran dalam fotografi dan audio-visual
4. Mereka yang ingin mencabar kekuatan fizikal dan ketahanan, mengambil gambar / video, menulis dan mengembara.
 
Peringkat Pertandingan

1: Menghantar Post/Entry/Audio-Visual dan Pemilihan 30 Blogger
 
1. Daftar dan lengkapkan borang penyertaan di laman rasmi My Selangor Story.
2. Upload Video Kreatif 6osaat untuk memperkenalkan diri anda ke Youtube ataupun tuliskan sebuah esei pendek kurang daripada 300 perkataan menyatakan kenapa anda perlu dipilih sebagai peserta.
3. Penyertaan mestilah dihantar sebelum 5th September 2010 

Peserta akan dipilih berdasarkan kriteria berikut:
  • Tahap popularity Video pengenalan tersebut kepada pembaca blog (50%)
  • Minat dan tujuan peribadi (25%)
  • Tahap populariti blog semasa (25%)
    Peserta yang terpilih akan diumumkan pada 13 September 2010. Peserta yang terpilih dikehendaki memaparkan logo MY SELANGOR STORY dan logo Tourism Selangor di blog peribadi mereka.
2: 30 Blogger Melawat ke Selangor (24th – 27th September 2010)
Urusan tiket kapal terbang, makan minum dan penempatan akan di sediakan oleh Tourism Selangor. Perbelanjaan lain perlu ditanggung sendiri.
Semasa peringkat ini, peserta perlu menyediakan rakaman video selama 3 minit untuk setiap aktiviti harian dan di upload ke Youtube beserta travelogue ke laman rasmi Tourism Selangor setiap hari.
Selepas peserta  berjaya menyelesaikan travelogue dan Video, peserta akan dianugerahkan wang saku dan hadiah lain daripada pihak penaja. Mungkinkah peserta berpeluang memandu sendiri BMW edisi terbaru? 
 
3: Penghakiman dan Pemilihan Pemenang
  • Undian blog daripada orang awam (tanpa mengira bangsa) adalah juga diambil kira. Tarikh Mengundi  : 27 September – 31 Oktober 2010
  • Markah ekstra akan diberikan jika Video dan travelogue peserta terpapar dalam blog peribadi ataupun pada laman sosial seperti Facebook, MySpace ataupun di blog-blog pembaca lain.
    Kriteria pemilihan pemenang ialah:
  • Tahap kekreatifan (25%)
  • Unik dan review yang mendalam, cadangan konstruktif dan pandangan (30%)
  • Kualiti bahan audio-video(20%)
  • Populariti blog (25%)
    Pemenang akan diumumkan pada November 2010
Hadiah Yang Ditawarkan
 
Daripada 30 Blogger, 8 orang blogger akan dipilih untuk memenangi beberapa kategori dan juga hadiah utama terdiri daripada wang tunai, tiket penerbangan percuma, pakej perlancongan serta kamera Pentax oleh syarikat-syarikat yang menaja antaranya Tourism Malaysia, Royal Selangor, Pantax, BMW, Sunway City, Heaven, dan Fire Fly. Kategori tersebut ialah:
 
  • Hadiah Utama – Blog Paling Popular
  • Johan
  • Naib Johan
  • Blog Paling Kreatif
  • Blog dengan Artikel Paling Menarik
  • Blog Paling Interaktif
  • Video Terbaik
  • Foto terbaik
Untuk keterangan lanjut, boleh layari laman rasmi My Selangor Story di

p/s : Berminat? Silalah join!

2 comments:

Nur Rawaidah Rahmat said...

blogwalking ~ waaah ada contest ek =)

Nur Hawa Mohd Zin said...

wow! usaha yang baik..awe baru terpkir pasal benda ni..heheh