Saturday, August 7, 2010

Nor Azita Osman : Maafkanlah Dia


 Picture credit : Forgive and forget

Banyak sangat dah saya baca di blog kawan - kawan. Kalau google pun memang senang nak dapat info pasal Puan Nor Azita Osman ni. Puan Nor Azita Osman yang sedang mengandung ini dikatakan menghina negeri Johor disebabkan tiada Famous Amos di sana. Dah lama dah status Facebooknya tu. Bertarikh 14 Julai, 2010 yang lalu. 

Pada pendapat saya, mungkin dia hanya ingin bergurau sesama kawan - kawannya sahaja. Kasar dan melampau gurauannya itu. Tetapi disebabkan Facebook ini bukan kita saja, semua segala org ada kat situ. Segala info dan segala status kita akan dapat dibaca oleh semua. Jadi, mungkin ada yang terbaca statusnya itu. Disebabkan keceluparannya, dia dibanned dan dihina oleh orang ramai.

Rupa - rupanya cerita Nor Azita ni bukan sahaja hebat diperkatakan di Facebook sahaja. Rupanya dalam paper ada ditulis juga. Tahu ni pun sebab baca blog Mr Sharinginfoz. Artikel di Sinar Harian

Picture credit : Wanita Hina Johor - Sinar Harian

Di petik dari Sinar Harian
Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri Johor, Md Jais Sarday ketika mengulas kejadian ini berkata, kenyataan seperti itu tidak sepatutnya dikeluarkan, apatah lagi ia menyentuh sensitiviti negeri dan rakyat.

“Penulis ini siapa, dia tahu ke apa pembangunan yang berlaku di negeri ini? Kalau dia nak persoalkan pembangunan di sini, apakah sumbangan beliau terhadap negeri? Kita berbangga dengan Iskandar Malaysia, dalam masa 10 tahun akan datang Johor akan berubah, jangan sewenang-wenangnya mengeluarkan kenyataan sebegitu.
“Kita tidak boleh bergurau dengan perkara sebegini,”
katanya.

Dalam ramai - ramai yang mengutuk Nor Azita, ada juga yang simpati. Selain adanya Facebook khas untuk banned dia : Nor Azita Osman Hina Negeri Johor (Blacklist People). 
Ada juga Facebook yang simpati dengan nya : Nor Azita Osman ( Cukup2 lah Menghentam Beliau )

Pesanan Penaja:

p/s : So, apa yang kita boleh belajar di sini. Pandang kiri kanan bila nak berkata, nak menulis atau apa - apa jerlah. Even sebagai blogger pun kena berhati - hati. Ingat kisah seorang blogger yang menghina our late Sultan Iskandar dulu? Post : With Great Powers Come Great Responsibility. Akhirnya, blogger tu membuat permohonan maaf kepada semua rakyat Malaysia. Jadi beringatlah bila menulis di Internet, di social network sites, di Twitter dan di mana - mana sahaja. Beringatlah. Kesannya? Tak tertanggung.

Simpati saya dengan Puan Nor Azita Osman. Dia punya keluarga, suami dan anak. Semua orang kenal mukanya, namanya dan tempat kerjanya. Disebabkan keterlanjurannya, dia mungkin takut? dan mungkin insaf? serta malu?, akaun Facebooknya telah pun di delete. Jadi, saya harap tak perlulah kita panjang-panjangkan lagi kisahnya ini. Tak perlulah dihina lagi. Saya rasa dalam keadaannya yang sedang mengandung, pasti akan tertekan lagi perasaannya. Saya bukan menyokong dengan apa yang telah dibuatnya. Saya cuma rasa kesian. Saya cuma bayangkan kalau saya di tempat dia. "Kalaulah aku di tempat dia, mana aku nak letak muka?"

Kita kan rakyat Malaysia. Penuh dengan budi bahasa. Bulan puasa pun dah nak dekat. Marilah kita maaf - bermaafan sesama kita. Harap dapat belajar dari kesilapan. Manusia memang tidak pernah lari dari membuat kesilapan. Teringat kata kawan saya ni :  Saranghae Chingu Ya "..Mari kita kawan baik - baik sampai tuhan jemput kita...kalau saya buat salah kamu jangan letih maafkan saya..kerana saya cuma manusia biasa yang salah dan lupa itu adalah perkara biasa..." Jadi, maafkanlah dia...
 

4 comments:

My MiRa said...

ntah laa...kadang2 gurau pon...setengah org ni terlebih2 sangat...hurm...

diraja22 said...

pasal biskut je.. jg la kata2..

Syafiyah Muda said...

i sokong u ape yg u tulis makcik...

wAt| said...

sy pun pk positif juga. dia gurau mcm tu... org kat page tu bergurau mcm dia. so, kita terima je la semuanya sebagai gurauan. anyway, gurauan tu kan penyeri hidup... xde la tensen semcm je nanti. anyway, sy xsuka bergurau... sy cuma suka menyindir sbb tu kan budaya kita. maaf, kalau sy terksr... takut nanti ter'famous amos' jugak. hehehehehe