Saturday, August 7, 2010

Oh BlackBerry, You The One That I Want!

Picture credit : Iklan Digi - Hari Hari BlackBerry Mari

Iklan BlackBerry dari Digi ini membuatkan saya teringat pada azam saya untuk memilikinya satu hari nanti. Sebenarnya dah banyak kali dah discuss (pujuk) Mr Teddy Bear untuk sama - sama beli BlackBerry (Sila muntah yer. Aku memang ngada-ngada). Tapi sebab handphone Nokia 5800 XpressMusic ni masih baru lagi, jadi tak beli lagilah BlackBerry idaman (Sebenarnya takder duit).
 Picture credit: The pink 3G iPhon? Not bad~

Walaupun ada ramai yang guna iPhone tapi disebabkan saya sekarang ni dah guna touch screen. Saya teringin nak tukar kepada BlackBerry. Macam stylo kan? (Gatal lah ko ni, Rabia! Nak menunjuk depan anak - anak murid ker? Imagine me showing off in front of my students. "Cikgu ada BlacBerry. Awak ada?" sambil buat muka bangga giler). 

Picture credit : The Pink Blackberry Bold. Oh, I like~

Lagi pun orang kata, BlackBerry sesuai sangat dengan kalau nak berinternet: Facebook ker, Twitter ker, Blog ker, Email ker. Sesuai sangatlah untuk pengguna Internet tegar macam saya ni. Hari - hari balik rumah Internet lah yang di cari dulu. Hari - hari Internet mari. Bak iklan Digi: Hari - hari BlackBerry Mari. Lagi satu, orang kata lagi. BlackBerry sama BlackBerry, messagenya free. Saya pun tak tahu betul ke tidak. Kalau nak tahu, kenalah beli BlackBerry dua bukan satu! Satu untuk Teddy, satu untuk Rabia Sensei. (Alasan nak belilah ni) Lepas tu bermessagelah banyak-banyak. Moga satu hari nanti dapatlah beli BlackBerry idaman hati!

p/s: Ada sesiapa nak hadiahkan BlackBerry tak?

1 comment:

cindir-rela said...

tak minat lansong bb..maybe sebab keypad die yang tak mesra pengguna kot.

lagi satu, memang la boleh layar internbet, tapi takleh upload gamba..tu yang tak bestnye:(