Monday, August 23, 2010

Rileklah Abang Polis!


Picture credit : Bukan gambar sebenar

Setiap pagi ke sekolah, saya mesti ikut jalan yang sama. FYI, saya berjalan kaki setiap hari ke sekolah. Sebab sekolah saya dekat saja dengan rumah. Jadi, selalunya, saya memang akan pergi lambat ke sekolah.

So, setiap kali saya berjalan ke sekolah. Mesti akan lalu depan balai polis. Dan pada masa yang sama, mestilah ada abang polis yang akan duk menunggu kat depan balai polis tu.

Jadi, setiap pagi dia akan tegur saya.

"Assalamualaikum cikgu".
"Selamat pagi, cikgu", menyanyi ala - ala Upin dan Ipin.
"Lajunya jalan cikgu. Dah lambat yer? Lari sikit cikgu."

Setiap kali dia tegur saya. Saya hanya memandang mukanya tanpa secalit senyuman pun di bibir. Hanya gerakan mulut tanpa suara menjawab salam abang polis tu.

Satu hari, saya dah terlambat nak ke sekolah. Jadi, saya pun jalan dengan lajunya ke sekolah. Seperti biasa ada lah abang polis yang sama tengah berdiri di depan balai polis. 

"Selamat pagi, cikgu", menyanyi ala - ala Upin dan Ipin.

Saya seperti biasa memandang mukanya tanpa perasaan sambil melihat jam di tangan. Nak bagi hint kepadanya yang saya sudah lambat.

"Senyumlah sikit, cikgu. Tak pernah pun senyum"

Keesokkan harinya, abang polis tidak lagi menegur saya.
Dan keesokkannya. Dan keesokkannya. Dan keesokkannya lagi, tiada lagi abang polis menegur saya pagi - pagi di depan balai polis.

Saya sedikit hairan. Takkanlah merajuk sebab saya tak senyum kut. Mestilah saya tak tegur sebab dahlah tak kenal. Timing pun tak kena sebab saya dah lambat nak pergi sekolah setiap pagi. Alahai, emo pulak abang polis ni. Tapi, kalau tak tegur pun. Saya tak kisah. Cuma, saya ni tak naklah di cop sombong pula. Lalala~

p/s : Maaflah yerk. Saya lambat mesra terutama sekali dengan orang yang saya tak kenal. Lebih - lebih lagi dengan lelaki. Apa - apa pun
rileklah, abang polis! Nanti raya, saya bagi kad raya!

3 comments:

hakimfaridzul said...
This comment has been removed by a blog administrator.
diraja22 said...

abang polis 2 hati taman tau..

Anonymous said...

dia dah kena tukar kot... tue lar..awal2 xnak senyum.. skrg dah rindu kt abg polis tue.. hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...