Wednesday, August 18, 2010

Roslin Hashim Bercerai Selepas Sebulan Nikah


 Picture credit : Roslin Hashim bercerai lagi?


Video : Kes Cerai Roslin Hashim dan Norhayati Othman

Tadi terbaca kat Media Malaya. Just nak share dengan semua
  • Roslin Hashim telah melafazkan cerai ke atas isterinya, Norhayati Othman,38, dalam keadaan tegang setelah didesak oleh isteri serta ibu mertuanya.

  • Norhayati memberitahu mahkamah bahawa dia mendapat tahu suaminya berlaku curang apabila dia mengesyaki Roslin Hashim berada berdua-duaan dengan produser filem terkenal, Raja Azmi di bilik bernombor 533, Hotel Corus, Jalan Ampang, Kuala Lumpur  pada 7 Ogos lalu, kira-kira pukul 8.30 malam.

  • Norhayati sekeluarga telah ke tingkat lima hotel tersebut sementara menunggu kelibat Jalani Sidek yang dikatakan akan membawa mereka masuk ke bilik bernombor 533 tersebut.

  • Namun, Jalani Sidek didakwa cuba melengah-lengahkan perjumpaan tersebut dan menalipon Roslin Hashim supaya keluar daripada bilik itu untuk menghindari dari dicekup khalwat oleh pegawai jabatan agama.

  • Apabila Norhayati sekeluarga tiba di bilik itu didapati Raja Azmi seorang diri dan Roslin didapati telah melarikan diri keluar dari bilik tersebut.

  • Norhayati meminta Jalani menelefon Roslin supaya datang ke bilik berkenaan untuk bersemuka bagi menjelaskan keadaan sebenar sehinggalah berlakunya perdebatan.

  • Akibat tidak dapat menahan sabar akhirnya Roslin telah melafazkan talak “I cerai you-lah.”
Sumber :  HMetro

KUALA LUMPUR: Selepas sebulan mendirikan rumah tangga, jaguh badminton negara, Roslin Hashim, 35, akan memfailkan perceraian dengan isterinya, Norhayati Othman, 38, di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur, hari ini.
Pasangan itu berkenalan pada awal Februari ini sebelum mengambil keputusan mendirikan rumah tangga pada 9 Julai lalu.

Harian Metro difahamkan, permohonan berkenaan dibuat selepas berlaku masalah dalam rumah tangga dibina Roslin dengan Pengarah Pemasaran, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) itu.

Sebelum ini, Roslin pernah menggemparkan negara apabila perkahwinan pertama bersama Faizah Mohamad,32, hanya bertahan selama 12 hari selepas bernikah pada 30 Januari 2009.

Picture credit : Roslin Hashim dan Faizah Mohamad

Pasangan itu bercerai pada 11 Februari tahun lalu selepas Roslin melafazkan cerai pada isterinya atas kerelaan sendiri di rumah ibu bapa mentuanya di Puchong, Selangor, jam 10.50 malam di hadapan mereka.

Sementara itu, produser Raja Azmi Raja Sulaiman ketika dihubungi mengesahkan perkara berkenaan, tetapi beliau enggan mengulas lanjut.

p/s : Ish.. ish.. mudahnya lafazkan cerai.