Monday, September 10, 2012

Pelan Pembangunan Pendidikan (PPP) 2013-2025

Nampaknya bidang pendidikan negara akan mengalami satu lagi transformasi besar dalam tahun-tahun mendatang. Ini berikutan langkah Kementerian Pelajaran untuk memperkasa bidang pendidikan negara dan memperkenalkan inisiatif dan kaedah baru dalam pembelajaran dan pendidikan di sekolah-sekolah.

Perdana Menteri kita akan mengumumkan hasil laporan awal tentang perkara tersebut esok (Selasa - 11 Sept 2012). Laporan awal itu yang merangkumi hasil maklum balas sesi dialog dan meja bulat yang diadakan di merata tempat bagi mendapat idea dan input dari pihak yang berkepentingan dalam bidang pendidikan.

Setelah diumumkan, kita bolehlah meneliti laporan itu dan memberikan maklum balas dan laporan akhir akan dibentangkan ke Jemaah Menteri kemudian untuk kelulusan.

Jadi, ape harapan cikgu-cikgu semua?

Sumber : Utusan Malaysia, TheStar

Sila lihat juga : Pelan Pembangunan Pendidikan (PPP) 2013-2025 Siri 2


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...