Friday, December 7, 2012

Perbezaan antara Non Dairy Whipping Cream dan Dairy Whipping Cream


Sumber : Masam Manis

Whipping Cream @ krim putar, mudah didapati di kedai-kedai menjual bahan kek tapi tidak di pasaraya. Biasanya Krim putar tenusu @ Dairy Whipping Cream sahaja yang dijual di pasaraya kerana ia hanya perlu disimpan di tempat sejuk berbanding krim bukan tenusu @ Non Dairy Whipping Cream yang perlu disimpan di tempat beku untuk tahan lebih lama. Krim ini dijual di dalam kotak. Krim ini berwarna putih bersih dan lebih digemari. Rasanya tidak terlalu manis dan tidak muak memakannya. Tapi jangan salah faham, kerana terdapat perbezaan antara kedua-dua bahan tersebut dari segi bahan dan fungsi kegunaan.

Perbezaan antara Non Dairy Whipping Cream dan Dairy Whipping Cream
  • Non-Dairy Whipping Cream @ Krim Putar Bukan Tenusu
Non-Dairy Whipping Cream atau juga dikenali sebagai Fresh Cream @ Whip Topping For Cakes and Pastries @ Whipped Topping @ Whipped Cream

Adalah krim yang dibuat khas untuk hiasan kek. Ia dirumus daripada minyak sayuran dan minyak kelapa sawit dan tidak mengandungi bahan tenusu. Ini menjadikan ia lebih stabil, maknanya corak-corak yang dipaip menggunakan krim ini tahan seminggu tanpa kehilangan bentuknya. Ia akan kembang 3~4x ganda daripada kuantiti cecair asalnya jika dipukul, jadi jangan dituang lebih dari 20% dari saiz mangkuk mixer anda. Ia juga menghasilkan kuantiti yang banyak. 1 liter krim ini boleh menyalut dan menghias 3 biji kek bersaiz 8 inci (lebih kurang 300g krim dalam bentuk cecair). Sebelum digunakan kotak krim harus digoncang supaya sebati (kadang-kadang air dan krim di dalam kotak akan terpisah semasa proses nyahbeku dari freezer) dan pukul pada kelajuan yang tinggi hingga kembang dan gebu. Biasanya krim ini terdapat di kedai menjual bahan kek sahaja


Picture Credit : Masam Manis

Kegunaan dan cara menggunakannya

Non-Dairy Whipping Cream hendaklah disimpan di tempat beku supaya tahan lebih lama. Oleh itu apabila kita hendak menggunakannya hendaklah dikeluarkan lebih awal untuk proses nyah beku. Tapi pastikan bukan pada suhu bilik. Ia hanya perlu dicairkan sahaja dan berada dalam kadar sejuk.

Oleh itu adalah penting kita mengoncang dahulu kotak supaya ia sebati kerana kandungan krim dan air biasanya terpisah semasa proses pembekuan dalam freezer. Tuangkan hanya dalam sukatan yang diperlukan sahaja. Untuk 1 liter boleh digunakan untuk membuat 3 biji kek. Krim putar pula akan mengembang sehingga berkali ganda.

Sebelum melakukan proses memutar, pastikan semua bahan seperti mangkuk mixer dan alat pemukul dalam keadaan sejuk ( boleh simpan sekejap peralatan dalam peti ais) ini adalah untuk memudahkan dan mempercepatkan proses pengembangan krim.

Mulakan proses memukul krim pada kelajuan perlahan dan tambahkan kelajuan apabila melihat krim sudah mula menngental. Perlahan kelajuan bila krim sudah mula licin dan bertanduk. Kebiasannya masa yang diambil untuk memukul krim lebih kurang 2 minit. 
Krim yang diputar sempurna biasanya licin dan halus tidak terlalu lembik dan tidak terlalu kaku. Untuk mendapatkan tekstur krim yang cantik putar pada satu arah sahaja.

Non-Dairy Whipping Cream ini telah tersedia kemanisannya, tetapi jika inginkan rasa yang lebih manis bolehlah tambahkan sedikit gula halus. Non-Dairy Whipping Cream ini boleh diwarnakan dengan pewarna masakkan gel. Letakkan pewarna sewaktu proses memutar. Jangan gunakan pewarna cecair kerana dibimbangi jika terlebih bahan cecair akan menganggu proses kekentalan krim.

Bagaimana pula caranya untuk menyimpan lebihan krim?

Krim yang lebih boleh diguna semula. Simpan dalam bekas kedap udara dan letakkan dalam peti ais. Ia boleh digunakan semula bila diperlukan. Biasanya krim ini tidak tahan lama.

Krim ini tidak tahan panas. Untuk kek pertunangan dan perkahwinan, kek bersalut krim ini tidak sesuai diletakkan di luar. Ia hendaklah disimpan di dalam peti sejuk dan dikeluarkan apabila hendak dihidangkan.

Di bawah ini adalah beberapa pruduk Non-Dairy Whipping Cream yang selalu Masam Manis gunakan.

Picture Credit : Masam Manis

Ini adalah yang biasa dan selalu digunakan juga oleh kebanyakan. Kita hanya perlu putar sahaja hingga ia kental, selepas itu boleh lah diguna pakai untuk hiasan kek.


Picture Credit : Masam Manis

Yang ini pula sama juga seperti di atas tapi ia ada perisa coklat. Ini selalu Masam Manis guna untuk base kek sebelum Masam Manis tuangkan ganache. Atau boleh juga untuk disalutkan pada permukaan kek jika inginkan kek yang berkrim coklat.

Picture Credit : Masam Manis

Picture Credit : Masam Manis

Ini pula Masam Manis guna pakai bila Masam Manis inginkan perisa pada topping cake. Cara menggunakannya sama cuma kaedahnya sedikit berlainan. Ia menggunakan kaedah 2:1, dimana 2 cawan Whip Topping dan 1 cawan jus atau susu atau apa2 cecair yang kita inginkan.
  • Dairy Whipping Cream @ Krim Putar Tenusu
Dairy Whipping Cream atau juga dikenali sebagai Thick cream atau Double Cream

Adalah merupakan hasil tenusu dan mengandungi 35 % lemak susu. Ia sesuai digunakan dalam masakan-masakan Barat, membuat kek seperti tiramisu atau hiasan mudah untuk aiskrim atau pencuci mulut ala Barat.

Ia hendaklah dipukul dengan kelajuan sederhana hingga ia menjadi kental dan bolehlah dimasukkan dalam masakan-masakan tersebut. Tetapi krim ini tidak sesuai untuk hiasan kek seperti Black Forest dan lain-lain kerana warnanya kekuningan dan kurang stabil. Ini bermakna ia tidak boleh mengekalkan bentuknya dalam masa yang lama.

Kesimpulannya, Dairy Whipping Cream yang juga dikenali sebagai Thick Cream atau Double Cream tidak sesuai untuk dibuat hiasan kek kerana faktor-faktor yang telah jelaskan diatas. Krim ini terdapat dalam pelbagai jenama dan boleh didapati di pasaraya-pasaraya besar.
Berhati-hati semasa membeli Dairy Whipping Cream kerana ia menggunakan lemak susu. Lihat tanda halal dan kandungan bahan pada kotak sebelum membeli.

Selain itu, Dairy Whipping Cream atau thick/double cream kerap digunakan dalam pembuatan kek untuk digunakan sebagai thickening agent (ejen pemekat) sebagai contoh untuk penyediaan Ganache. Ia boleh digantikan dengan bahan lain, namum tidak boleh digantikan sebarangan kerana dikhuatiri akan menjejaskan kuantiti cecair dalam masakan.


Picture Credit : Masam Manis

Kegunaan dan cara menggunakannya

Seperti Non-Dairy Whipping, krim jenis ini perlu disimpan di dalam peti sejuk tapi tidak perlu disimpan ditempat beku. Gunakan sebelum tarikh luput yang tertera pada kotak krim tersebut. Sebaiknya sebelum putarkan krim, simpan bekas mixer, alat memukul dan krim putar di dalam peti sejuk. Ini kerana krim putar akan lebih mudah mengembang dalam keadaan yang sejuk. 

Resepi yang menggunakan krim putar jenis tenusu ini contoh: triffle atau tiramisu mudah cair pada suhu bilik, jadi sebaiknya simpan dessert tersebut dalam peti sejuk dan keluarkan ketika hendak dihidangkan sahaja.

Picture Credit : Masam Manis
Picture Credit : Masam Manis

Cara memutarnya perlulah dalam kadar sederhana, tapi pastikan adunan tidak terlebih pukul. Adunan whipping cream yang terlebih di pukul akan mencair semula, dan boleh 'separate' atau terpisah, menghasilkan butter (yang berupa gumpalan berwarna kuning pucat) dan buttermilk (cecair yang putih-kekuningan).

Jika ini terjadi, jangan dibuang. Sebaiknya tapis dan gunakan homemade 'butter' anda itu untuk melepa roti dan gunakan cecair buttermilk yang terhasil untuk menggantikan susu segar atau cecair di dalam sesuatu resepi seperti pancake, kek, biskut dan lain-lain. Buttermilk rasa seakan susu basi kerana kemasamannya, namun ia akan menghasilkan kek yang lembut dan gebu kerana tindakbalas kimia antara buttermilk (asid) dengan leavening agent seperti soda bikarbonat.

Picture Credit : Masam Manis

Antara contoh product Dairy Whipping Cream di pasaran. Pastikan tanda halal dan kandungan bahan pada kotak sebelum membeli. Hanya Anchor sahaja yang Masam Manis  pasti boleh digunakan, 2 lagi jenama tidak pasti pula tanda halalnya.

p/s: Terima kasih Masam Manis. Hehehe, ingatkan semua whipping cream semuanya sama. Lalala. Patutlah kureng jer durian crepe aku. hihi

No comments: