Monday, December 10, 2012

Resepi Pavlova Dan Tutorial

Sumber : Ana

Picture Credit : Ana

Resepi Pavlova dan tutorial. Thanks to Ana

Bahan - bahan :

Picture Credit : Ana

Kita perlukan 4 biji putih telur ayam. Telur ini bukan di simpan dalam peti ais.

Picture Credit : Ana

Secawan gula, tapi Ana  guna 3/4 cawan je untuk kurangkan manis.

Picture Credit : Ana
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1/2 sudu teh cuka makan
  • 1/2 sudu teh esen vanila
Cara - cara membuatnya :

Sebelum menyiapkan adunan, sila panaskan oven terlebih dahulu dengan kadar kepanasan 140 darjah celsius. Guna api bawah sahaja.

Pastu bila nak start masak baru turunkan suhu antara 120 -100 darjah celsius. Ana guna suhu 110 darjah celsius.

Picture Credit : Ana

Mula-mula, asingkan dulu putih telur dgn kuning telur. Kita ambik yang putih telur aje tau. Kuning telur kita tak mahu.

Picture Credit : Ana

Kemudian, putar putih telur pada kelajuan tinggi terus dan pukul sampai putih telor tu gebu (soft peaks). Korang putar guna button paling max terus tau, takyah nak bermula dengan kelajuan rendah pun.

Picture Credit : Ana

Ini hasil putih telur yg dah jadi gebu. Nak tau dia soft peaks ke tak, bila korang telangkupkan mangkuk tu, putih telor tu takkan jatuh.

Picture Credit : Ana

Langkah seterusnya, dengan kelajuan tinggi jugak, kita masukkan gula kastor sikit demi sedikit. Jangan berhenti putar tau. Sambil masukkan gula sambil putar.

Picture Credit : Ana

Putar sampai kental. Dalam keadaan mixer masih berputar, masukkan 1 sudu besar tepung jagung tadi ke dalam adunan tersebut. Putar lagi 3 minit gitu.

Kalau ikut resepi asal, tepung jagung di masukkan bersama-sama dengan cuka dan esen vanila tapi Ana masukkan tepung jagung awal - awal.

Bila dah sebati, stopkan mixer. Kali ni kita dah tak payah pakai mixer dah. Kita gunakan spatula pulak.

Picture Credit : Ana

Hasil adunan atau pun lebih di kenali dengan " meringue" .

Picture Credit : Ana

Langkah seterusnya lagi, dengan menggunakan spatula masukkan cuka dan esen vanila tadi

Pastu sila kaup balikkan meringue tersebut sampai adunan sebati. Kaup balik dgn lemah lembut. Kalau boleh pusingan spatula tu satu arah je.

Picture Credit : Ana

Seterusnya, sediakan dulang pembakar, lapikkan dengan baking paper dan tuang adunan tadi ke atas baking paper.

Memandangkan Ana nak buat size sedang2 je, makanya Ana agihkan adunan kepada 2 bahagian. Hasilnya dapatlah 2 biji pavlova.

Adunan ini sebenarnya untuk buat satu biji pavlova je tapi Ana buat jadi 2 bahagian sebab Ana nak buat 2 layer pavlova.

Make sure masa bentukkan adunan tu, jangan buat terlalu tebal atau terlalu nipis. Kalau boleh keliling dia lebih tinggi dari tengah. Macam nak buat benteng la kiranya.

Picture Credit : Ana

Pastu apa lagi, masukkan la dalam oven. Letak kat rak tengah2 tau. Suhu antara 120 - 100 darjah celsius. Bakar selama 1 jam 15 minit.

Proses pembakaran bergantung jugak pada jenis oven. Lain oven lain cara gunakannya so pandai2 la nak agak pavlova tu dah masak ke belum.

Nak tau pavlova tu dah masak, kulitnya garing di luar dan lembut di dalam. Maksudnya bila kita tekan2 permukaan pavlova tu, kita akan rasa lembut2 sikit.

Semasa proses pembakaran, jangan nak ngengada bukak tutup oven lak. Lempang kang tangan tu. Pi la kemas dapur ke hape ke kan masa nak menunggu pavlova tu masak.

Bila dah cukup 1 jam 15 minit, sila jangan kuarkan pavlova tu dari oven. Biar jap beliau sejuk dalam oven tu dgn keadaan pintu oven sedikit renggang.

Biar le jap beliau bersauna dlm oven tu dlm 10 minit. Pastu barulah kuarkan. Biarlah beliau seketika. Meh kita buat topping dia dulu ye.

Bahan-Bahan Topping :

Picture Credit : Ana

Secawan @ 250 ml whipping cream.

Ana guna whipping cream brand ni. Jangan beli sembarangan whipping cream tau. Tak semua whipping cream sesuai. Make sure beli jenis yang Non Dairy (bukan tenusu).

Ada orang dok tertanya2 apesal la whipping cream dia tak mahu kental2 walaupun dah lama dok putar. Itu sebab dia salah beli jenis whipping cream.

Nak senang, kat kotak tu ada tulis cake and dessert topping. Ana beli kat kedai bakery je. Beli jenama rich's..

Picture Credit : Ana

Putar whipping cream dengan kelajuan tinggi. Putar sampai kental. Lama gak nak jadi kental tau. Dalam 10-15 minit gak kot Ana putar.

Picture Credit : Ana

Sementara tu jugak, sila potong buah2an yg nak di gunakan. Ana guna strawberry anggur hitam dan kiwi je.

Picture Credit : Ana

Potong mengikut suka hati korang. Nak lonjong ke, segi empat ke, up to you !

Cara - Cara Menghias :

Picture Credit : Ana

Pindahkan pavlova tadi dengan berhati-hati ke dalam bekas. Pavlova ni sangat lembut tau dalamnya. Macam mashmallow. Sebab itu kena berhati2 masa nak asingkan dari baking paper.

Picture Credit : Ana

Di sebabkan Ana buat 2 layer, layer pertama Ana letak krim dan buah - buah

Picture Credit : Ana

Lapis lagi dengan layer seterusnya.

Picture Credit : Ana

Tutup lagi dengan krim. Ohhh, terbanyak lak letak krim. Kalau boleh takyah la banyak sangat. Karang hilang lak rasa pavlova tu. Taruk sedang2 aje.

Korang boleh google imej pavlova untuk lihat cara org hias pavlova. Ana je yang terlebih bubuh krim. Yelahkan, whipping cream ni mahal. Korang bubuh sedang2 je tau.

Picture Credit : Ana

Last sekali atur buah2an. Susun ikut kreativiti anda. Sejukkan dulu dalam peti ais sebelum di makan. Makan time krim dia sejuk2 lg sedap.