Wednesday, December 5, 2012

Tabung Financial Freedom Fund

Picture Credit : Jom Menabung! 

Petikan ini saya ambil dari Facebook, hasil kongsian sahabat seuniversiti. Saya kira ini sangat penting bagi semua yang sudah punya pekerjaan, sudah punya wang, sudah punya sedikit kuasa untuk membelanjakan untuk keperluan diri, rumah dan sebagainya. Lebih penting lagi pada yang bakal menimbang cahaya mata atau pun sudah mempunyai keluarga yang besar. Lagi banyak perkara yang perlu difikirkan!

Mulakan tabung 'Financial Freedom Fund' hari ini dan jadikan ia satu tabiat. Anda boleh gunakan apa sahaja samada bekas kuih, makanan tabung, beg atau kotak. Amat penting untuk anda melabelkan keenam - enam tabung dengan jelas kerana kita lebih mudah ingat di dalam bentuk visual. Label tabung anda dan bahagikan mengikut peratusan berikut. Anda juga boleh tukar peratusan mengikut keperluan masing-masing : 

1. Financial Freedom Account (FFA) : 10%
-  Tidak boleh dibelanjakan, boleh disimpan dalam bentuk 'fixed deposit', emas atau apa
    sahaja bentuk yang mendapat faedah atau dividen 

2. Necessity : 55%
-  Bil utiliti, makanan, petrol, apa sahaja keperluan asas anda.

3. Long Term Savings for Spending (LTSS) : 10%
-  Deposit kereta atau rumah, percutian atau kontigensi.

4. Education : 10%
-   Untuk tujuan pendidikan, pembelajaran berterusan.

5. Play : 10%
-   Wajib dihabiskan setiap bulan untuk buat apa yang kita suka, boleh simpan 5% untuk
     tujuan percutian setiap 3 bulan.

6. Give : 5%
-  Untuk tujuan derma, boleh dalam bentuk masa, duit atau barang- barang.

Anda boleh mulakan dengan jumlah yang kecil. Anda boleh mula bahagikan RM 1 setiap hari selama 30 hari. Dan kemudian terapkan cara pengurusan ini dengan pendapatan anda.

Ayuh, mari kita menabung! 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...