Tuesday, December 15, 2015

Atmosphere 360 Restaurant / Restoran Berputar @ Menara KL

Atmosphere 360 Restaurant 

Sabtu lepas kami anak beranak celebrate ulangtahun perkahwinan kami yang keempat kat Restoran berputar di puncak Menara Kuala Lumpur. First time kami dapat ke restoran yang berada pada ketinggian 282 meter ini. Kalau nak tahu lebih lanjut lagi mengenai restoran berputar ni bolehlah singgah di official website mereka : http://www.atmosphere360.com.my/.

Papa dan Adam di kaunter

Kami beli buffet lunch ini dengan harga yang berpatutan di Groupon. Selain dapat makan, dapat juga tiket ke Blue Coral Aquarium. Jadi boleh bawa Adam sekali. Kalau nak duduk tepi tingkap kena bayar extra sikit, tapi kalau tak duduk kat tepi tingkap pun okay juga. Boleh nampak pemandangan KL juga.

Bergambar sebelah pokok Krismas sementara menunggu naik lif.

Masa tungu lif ni ada orang jaga. Tolong tekankan lif semua. Takderlah nak berebut ker. Semuanya teratur. Lupa nak bagitahu, nak makan kat sini, kena pakai baju berkolar dan tak boleh pakai sandal untuk lelaki. Tapi masa kami di restoran tu ada jer yang pakai sempoi.

Pemandangan Kuala Lumpur dari Restoran Berputar, Menara Kuala Lumpur

Ini view yang korang boleh nampak jika berdiri betul - betul dekat dengan tingkap tu. Gayat juga lah sebab boleh nampak semua kat bawah kita.


Makanan pun boleh tahan juga. Ada masakan Melayu, Cina, India, Western. Kiranya semua ada. Boleh lihat menunya di sini. Masa kami sampai di sini, agak ramai jugalah. Jadi bila nak ambik makanan tu kena beratur pula. Tapi second round, third round and fourth round dah tak ramai orang kat tempat makanan tu ;p 

Masa tengah beratur tunggu makanan atau makan - makan di meja, bolehlah nampak dan enjoy pemandangan Kuala Lumpur. Disebabkan restoran ini berputar jadi bolehlah nampak semua pemandangan. Putarannya pun perlahan, takderlah kut korang risau pening ker ;p

Adam tengah ikut nyanyi lagu Birthday. Nyanyi ikut bahasa yang hanya dia faham ;p

Selain tu, kalau pergi time birthday atau wedding anniversary, dapat free cake. Dengan syarat kena tunjuk IC atau sijil nikah/kad nikah pada diaorang. Tak sure masa bila nak tunjuk. Boleh jer tanya dengan staff di kaunter atau pun kat restoran ni. Kebetulan masa ni, ada beberapa orang datang celebrate Birthday di sini, jadi kejap-kejap jer dengar lagu Birthday. 

Time untuk buffet lunch ini dari pukul 1.30 pm hingga pukul 3.00 pm. So, sempatlah nak makan semua, itu pun kalau boleh sumbat lagi. ;p

Habis makan, kami pergi ke Observation Deck. Husband tak pernah pergi lagi. Jadi pergi situ tengoklah pemandangan Kuala Lumpur. Ada banyak cenderamata di jual di situ. Macam - macam ada. Kemudian kami ke Blue Coral Aquarium dan Mini Zoo yang berada di luar bangunan Menara Kuala Lumpur. 

1 comment:

sley_am said...

Salam. Nak tanya, bayaran dibuat masa bile ye?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...